in , ,

Diva AA Sebak Rambut Ditarik, Nak Saman Malu Aliff Syukri RM100 Juta

Baru-baru ini, tular video apabila usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri didakwa menarik rambut pengacara, Azwan Ali di atas pentas.

Terbaru, menerusi aplikias X, Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA berkata dia akan mengambil tindakan saman malu ke atas Aliff sebanyak RM100 juta.

“Dah pun tular ya berita mengenai saya akan saman malu Datuk Seri Aliff Syukri sebanyak RM100 juta, no joke.

“Lantak koranglah kalau ingat berlakon ke apa ke kan? Saya tetap akan saman sebab dah viral video dia tarik rambut saya,” katanya.

Menerusi video itu juga, Diva AA dilihat menitiskan air mata apabila terkenangkan kejadian berlaku itu serta mengatakan insiden berlaku itu memalukan dirinya.

“Dia tarik tu all out ya dan memang sakit sewaktu pementasan di Singapura. Saya akan dakwa di mahkamah sebab dia buat tu macam nak balas dendam.

“Dia bagi alasan ni rambut palsu. Rambut palsu ke apa ke kau buta ke? Mustahil tak nampak rambut ni original. Dia tarik tu memang sakit, siap seret saya lagi. Nampak sangat macam ada penganiayaan,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Electronics Anjur Piala Odyssey Sulung di Asia Tenggara

Irene Deanna Nafi Ada Hubungan Cinta Dengan Syamsul Yusof