Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Siapa Dalang Sebalik Rombakan AIM



Baru-baru ini, Budiey ada mendapat satu jemputan menghadiri press conference untuk Anugerah Industri Muzik untuk tahun 2008. Nampaknya, AIM tahun depan ada perubahan dalam beberapa syarat penyertaan. Bagi Budiey, ada eloknya jugak bila syarat untuk jadi calon AIM dirombak, mungkin untuk memantapkan lagi dunia hiburan kita. Tak salah nak rombak asalkan memberikan impak yang positif kepada industri, betul tak?

Tapi, selepas itu, ada khabar-khabar angin yang bertiup mengatakan, rombakan yang dilakukan oleh AIM ini mendapat ‘tunjuk ajar’ dari seorang artis yang namanya cukup gah dalam industri ini. Artis tu, tak payah la Budiey sebutkan namanya, sekadar apa yang budiey boleh katakan, dia baru pergi menyahut seruan Allah baru-baru ini. Mungkin ini sebabnya, artis ini me’release’kan albumnya, sejurus keberangkatan perginya ke tanah suci. Biasalah, kata dia… I AM LEGEND…

Eh, hari ini, Sabtu 22 Disember di Stadium Negara ada Konsert Dewa. Mmm… agak-agak penuh tak stadium tu? Dan yang pastinya Budiey pun tahu selain rombongan sekalian Baladewa, stadium tu akan dipenuhi oleh…?

[tags]dalang, rombakan, aim, budiey blog, sensasi selebriti, faiz nordin blog, cinta blog, kisah lucu blog, gelihati ujang, profile lat, kartunis, tanah suci, ulasan filem, film i am legend, mekah, filem duyung, salju, pwtc, pemenang aim18, madina, konsert dewa 19, lagu dewa, artis panas[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem The Sentinel Lakonan Michael Douglas & Eva Langoria
  • Drama Bersiri Arab Pas Az Baran Sepanjang Ramadan
  • CATRIONA ROSS DALAM DRAMA ANJUNG SOFEA
  • Nur Fazura Duta Perfume Terbaru Herve Leger AVON
  • Trivia: Kasut Baru Siapa Ni?
  • Filem Wayang Khas Hari Seniman 2011
  • Trivia: Siapa Pemilik Kasut Pelakon Ini?
  • Eira Syazira, Yatt Hamzah Dalam Drama Jejak di TV2
  • Eizlan Yusof, Noniswara, Ziela Bakarin Dalam Senyuman Terakhir
  • Di Sebalik Anugerah Juara Lagu 25 di TV3 Malam Ini



    • si pemerhati

      wah…..khabar angin ni pun bertiup kencang gak kat forum cari. sumbernya pun kononnya dari org dlm yg terlibat dalam AIM.
      mantap giler artis itu….(kalau ikutkan hint2 nya dah boleh agak saper)
      boleh ‘tunjuk ajar’ golongan professional dlm akademi muzik kat malaysia.
      aku support artis ni 100% sbb mmg kira dah tahap legend la kalo dah boleh mengatur perjalanan industri muzik kat malaysia dengan pengaruh dia. hehe even golongan professional muzik kat malaysia pun boleh ikut ckp dia….
      mmg penyanyi no.1 negara haha
      the ‘khabar angin ‘ is so good to be true

      jika khabar angin tu betul, silalah bubarkan badan yang anjurkan AIM selepas ini….
      jangan cepat percaya dengan khabar angin, dan jgn sebarkan khabar angin (samada berasas atau tak berasas)…kerana ia kadang2 membawa kepada fitnah

    • http://faiznordin.blogdrive.com pakcik MMA

      wahhh. saya dah leh agak siapa. tapi kadang2 khabar angin ni dr org yg dengki ngan artis ni. maklumla, sebelum ni ada artis lain yg dengki kat artis ni sampai masuk court. hehehe.

    • Khairul

      agaknya artis tu pun buat album Cina ngan India, sebab tu ada kategori baru tuk bahagian tu…

      biasalah khabar angin tu… takut album ‘cina’ artis tu rampas balik vokal terbaik…

    • http://www.suhaimy.org amy

      wah power betul atas ni sampai boleh control AIM ye

    • http://sitizone.com farah

      Budiey…mmg jahat…tak baik buat Ct macam tu….
      dan satu lagi pasal fesyen….time pelancaran album ct….
      awak mmg jahat…buat gambar ct mcm tuh…saya sudah mengadukan pada pihak SNP

    • http://www.rjuna.net Rjuna

      Ayoo tak tau, balasiti dah bersuara, jangan takut Budiey anda berhak melemparkan komentar jujur, memang umum ketahui fesyen siti pakai hari tuh memang tahap baling telur punya.

      janganlah fanatik sangat, artis anda bukan Malaikat

    • aku

      memang la artis tu bukan malaikat.. tapi bila perasaan hasad dengki menggila dalam diri terus je manusia tu bertukar sifat syaitan.. macam2 fitnah dilemparkan, tapi Allah tetap ade yang benar pasti akan terbela dan yang teraniaya tetap dilindungiNya. dan dah baper lama ct kat dalam industri kat malaysia ni.. kalo citer2 buruk pasal dia tu betul kenapa sampai sekarang pon tiada satu pun terbukti.. kalo sepandai-pandai tupai melompat pon leh jatuh ke tanah ni kan manusia pon sama la… aku tetap pada pendirian aku jika benar maka buktikanlah baru aku leh percaya tapi jikalau sekadar khabar angin aku tak nak ambik pusing berkongsi dosa.. tepuk dada tanya iman



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK