in , ,

Yonnyboii Tak Sangka Diiktiraf Sebagai Album Terbaik AIM23

Tahniah buat Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin atau lebih dikenali sebagai Yonnyboii merupakan seorang rapper, penulis lagu dan penerbit rakaman Malaysia telah memenangi kategori Album Terbaik AIM23.

Anugerah Industri Muzik ke 23 (AIM23) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menampilkan sebanyak 21 kategori melibatkan 105 calon yang disenarai pendek. Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin atau lebih dikenali sebagai Yonnyboii merupakan seorang rapper, penulis lagu dan penerbit rakaman Malaysia telah memenangi kategori Album Terbaik AIM23.

terima kasih pada my wife @niknazira for always having my back, the team @universalmusic_my@defjammsia what am i without you, my co producers @adameimann@freddielaut@wolfypapi@mingaling26 !!! and of course kepada semua yang mendengar and menyokong lagu yonny, thank u from the bottom of my heart, journey kita jauh lagi insyaAllah

-yonnyboii
Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke 23 (Aim23)

Menerusi postingnya di laman sosial instagram, dia mengucapkan rasa syukur atas kemenangannya untuk Anugerah Album Terbaik AIM23.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada para juri, isterinya, team, co producers dan juga kepada semua yang mendengar dan menyokong lagunya. Katanya, masih jauh lagi perjalanannya dalam industri ini.

Penuh di ruangan komen posting itu dengan ucapan tahniah dan peminat merasa bangga diatas percapaian Yonny yang mana telah memenangi Anugerah Album Terbaik AIM23 dan juga wang yang berjumlah RM20,000. Peminat juga mengatakan ini adalah permulaan buat Yonny untuk terus naik dalam industri hiburan ini.

Semoga Yonny akan terus maju jaya dalam industri hiburan ini.

Yonnyboii Tak Sangka Diiktiraf Sebagai Album Terbaik Aim23

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik 2022

1.LAGU NASYID TERBAIK-Thank You Allah-Alyah feat.Cat Farish & Ustaz Haris(Alyah,Ikhwan Fatanna,Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris)

2.LAGU POP ETNIK TERBAIK-Adat Kasih-Ziha Salleh (Aubrey Suwito/Tinta)

3.ARTIS BARU TERBAIK-Vanessa Reynauld-Buat Ku Sempurna

4.KULIT SINGLE/ALBUM TERBAIK-Adat Kasih-Ziha Salleh (Patrick Leong KokSoong)

5.LAGU PALING TINGGI DISTRIM-Lotus-ForceParkBois

6.RUNUT BUNYI(OST) TERBAIK DI DALAM FILEM/DRAMA-Bahagiakan Dia-ShilaAmzah & Liza Hanim (Aliff Iskandar & Que Afiq)

7.VIDEO MUZIK TERBAIK-Gatal-Janna Nick(Chuan Looi)

8.RAKAMAN ALBUM TERBAIK-Belagu-Dayang Nurfaizah (Simon Khoo, Ari Renaldi,Aubrey Suwito)

9.RAKAMAN LAGU TERBAIK-Tudung Periuk-Dayang Nurfaizah (Simon Khoo,AriRenaldi,Aubrey Suwito)

10.SUSUNAN TERBAIK DALAM LAGU-Tudung Periuk-Dayang Nurfaizah(AubreySuwito)

11.LAGU R&B/HIP HOP TERBAIK-CIAO-Joe Flizzow ft. MK,Jay Park (Joe Flizzow,MK,Jay Park, Magic Potions)

12.LAGU POP ELEKTRONIK/DANCE TERBAIK-Fun, Lust, Love-Late Night Frequency(Mojan LNF)

13.VIDEO MUZIK RASMI MALAYSIA PALING TINGGI DITONTON DI YOUTUBE-MalamSemakin Dingin-Tajul & Afieq Shazwan (FMC Music Sdn Bhd)

14.LAGU NADA DERING JUALAN PALING TINGGI-Adakah Ini Mimpi(Reedzwann)

15.LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK-Game of Charades-Sophia Zuhri (SophiaZuhri)

16.LAGU CINA TEMPATAN TERBAIK-Wu Ren Qian Shou De Xin Fu-Uriah (Uriah,JiaWang/Hong Jian Rui)

17.LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUARNEGARA-Tak Ingin Usai-Keisya Levronka

18.LAGU ROCK TERBAIK-Tugu Ugut- Sekumpulan Orang Gila ( Nazrin/Ajim Juxta )

19.LAGU POP TERBAIK- Goodbye, Hello-Syamel & Ernie Zakri ( Ernie Zakri, Syamel,Faizal Tahir,Mike Chan )

20.PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU(BERKUMPULAN)- V.E-Tunggu

21.PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU-Shila Amzah & Liza Hanim- Bahagiakan Dia

22.PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)-Arddley Nicholas- Pilu

23.PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU(WANITA) -Ernie Zakri- Sinar Mata Hati

24.ANUGERAH SRI WIRAMA-Tan Su Loke ( Pengarah Urusan Suria Records Sdn Bhd )

25.ALBUM TERBAIK-Yonny (Deluxe Version) -Yonnyboii (Wolfy)

26.LAGU TERBAIK-Goodbye,Hello-Syamel & Ernie Zakri (Ernie Zakri, Syamel, FaizalTahir, Mike Chan)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tokram Ramli Ms | 16

Juri Tetap GV9 Tok Ram Berang & Marah, Portal Media Buat Laporan Salah

Netflix

Netflix Kini Bekerjasama dengan Ubisoft, Cipta Tiga Permainan Mudah Alih