in

Shamshul Ghau Ghau dan Nik Sayyidah Konsert Raya Pop Yeh Yeh

HIBURAN AIDILFITRI : KONSERT RAYA POP YEH YEH DI TV1

Irama Pop Yeh Yeh merupakan satu genre muzik yang sangat masyhur ketika 1960-an yang mana dalam Konsert Pop Yeh Yeh ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu lagu – lagu yang berpaksikan 60-an. Justeru istimewa meraikan Aidilfitri ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidangkan Konsert Raya Pop Yeh Yeh masuk musim ke-3 yang diterbitkan oleh RTM sejak tahun 2006 lalu.

Bakal menghiburkan penonton pada 23 September 2009 (Rabu), jam 3.00 petang di TV1, Konsert Raya Pop Yeh Yeh ini diserikan dengan aksi spontan yang mencuit hati daripada Shamshul Ghau Ghau dengan Mek sebagai hos rancangan.

Kemunculan barisan artis veteran pop yeh yeh seperti Dato’ Ahmad Jais, Jefferydin, A. Rahman On, L. Ramlee, A. Halim dan Hasnah Harun. Selain menyanyikan lagu popular masing –masing, mereka juga turut menyumbang menyanyikan lagu – lagu popular dengan sahabat mereka yang telah meninggal dunia dalam segmen Dikau Dalam Kenangan, Bahagia Menjelma, Mabuk Kepayang, Sebentuk Cincin Permata Belian, Menunggu, Pelita Hati Dan Si Manis Tujuh Belas.

Kemunculan artis popular tanahair juga tidak dilupakan. Dalam segmen Tribute, menampilkan Dia Fadilla, Nur Fatimah dan Nurul Syukur untuk mendengangkan lagu koleksi lagenda pop yeh yeh M.Othman dan A.Ramlee. Selain itu, RTM tidak melupakan bintang – bintang realiti rancangan terbitan RTM untuk diketengahkan.

Dalam segmen Pop Yeh Yeh Hits, menampilkan bakat baru Asmidar, Syahir, Han dan Muhaizam menyampaikan lagu seperti Alam Seni, Malam Pasar Ria, Mata Keranjang, Punnguk Rindukan Bulan dan Malam Pesta Muda Mudi.

Bagi segmen Kugiran pula, menampilkan kumpulan yang dilahirkan dari Rentak Juara, Kumpulan Fenomena, Kumpulan Matta dan Kumpulan Love Machine mendengankan lagu–lagu dari kumpulan popular pop yeh yeh seperti The Hooks, Orkes Nirwana dan The Swallows.

Pemuzik pengiring bagi konsert ini adalah Big Band Kombo RTM dibawah pimpinan Joned Tuah.

Kolaborasi antara penyanyi pop yeh yeh dan bintang baru menunjukkan lagu pop yeh yeh ini masih diingati dan menjadi siulan oleh semua peringkat usia dengan lagu-lagu didiendangkan Siapa Bilang Aku Tak Sayang, Dara Pujaan, Peracun Kalbu, Cincin Emas, Salam Mesra, Doa Dan Harapan, Aliran Usia, Sabar Menanti, Sumpah Setia, Bunga Ku Puja Di Petik Orang, Menari, Siti Haida, Katakan Padaku, Zunika, Hanya Laguku, Tak Mengapa, La O Be, Angkok Angkok Bilis. Suzanna, Kasih Berduka, Mimpiku, Menanti, Seruanku dan Hidup Bersama. Dan untuk melengkapi konsert khas raya ini, lagu Selamat Hari Raya (Ahmad Jais) dinyanyikan oleh semua artis.

Peminat setia artis pop yeh yeh ini tanpa mengira usia diharap terhibur menyaksikan Konsert Raya Pop Yeh Yeh pada 23 September 2009 (Rabu), jam 3.00 petang di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hisham Ahmad Tajudin, Shahrul Kamal dalam Drama Qasidah Mufarid

Kacau Dodol Amal