in

Sekitar Pelancaran Drama Kekasihku Seru Lakonan Hairi Othman, Rose Iskandar

Khabir Bhatia: Belajar Buat Drama Seram

Khabir Bhatia, pengarah hebat yang mempertaruhkan filem romantik Cinta dan Sepi di layar perak, kini kembali lagi buat pertama kalinya dengan drama seram terbaru berjudul Kekasihku Seru.

Semalam, bertempat di Restoran Rebung Chef Ismail, No 4-2 Lorong Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon Kekasihku pada jam 8 malam.

Selain pengarah Khabir Bhatia, para pelakon seperti Emilda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, Umi Aida, Kuza, Rose Iskandar dan Mazlan turut hadir. Hanya Umie Aida yang memegang watak Mas Suri tidak dapat hadir.

Dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya, majlis ramah mesra itu juga turut memperkenalkan para pelakon dan sesi tayangan audio visual Kekasihku Seru. Para media dapat melihat beberapa babak-babak menarik yang Budiey kira lebih seram berbanding dengan drama slot Seram di TV3 sebelum ini. Sinematografinya dan penataan cahaya dalam drama ini tampak seperti sebuah filem dan memang cantik. Ini semua untuk menambahkan lagi elemen seram.

Drama 13 episod ini akan menemui penonton TV3 mulai 24 Julai 2008, setiap hari Khamis, jam 9.30 malam melalui slot Seram. Drama ini diterbitkan oleh Filmscape dan hasil penulisan skrip oleh Mira Mustafa.

Membariskan pelakon hebat seperti Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, Umi Aida, Kuza, Rose Iskandar dan Mazlan. Kombinasi pelakon baru dan lama berjaya menghidupkan watak masing-masing supaya tampak santai dan hidup.

Kekasihku Seru adalah drama yang keempat menghiasi Slot Seram semenjak ianya mula diperkenalkan. Kesemua drama-drama dalam slot ini ada jalan cerita dan unsur mistik yang berlainan. Namun, kesemua drama-drama tersebut mempunyai jalan cerita dan unsur mistik yang berlainan.

Namun, kesemua drama ini menceritakan kisah seram yang popular di kalangan masyarakat Melayu dan masih dipercayai hingga ke hari ini. Apa yang pasti, drama-drama ini hanya sebagai tontonan hiburan dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati.

Sinopsis Kekasihku Seru
Emelda Rosmila memainkan peranan sebagai Marisa merupakan graduan dalam bidang sains dan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Misteri bermula setelah Marisa mengetahui bahawa beliau adalah seorang anak angkat, keinginan untuk mengenali keluarga asal membawa Marisa ke alam penuh mistik dan pelik.

Marisa bertemu dengan pasangan adik beradik Mas Suri (Umi Aida), Mas Ayu (Kuza) dan Mas Lela (Rose Iskandar). Dia merasakan bahawa salah seorang daripada mereka merupakan ibunya Mas Suri seorang yang tegas dan jarang sekali berperasaan sensitif, bertanggungjawab untuk menjaga Mas Ayu daripada gangguan Waris. Siapakah Waris?

Waris yang dilakonkan oleh Hairi Othman telah hidup di dalam keadaan ‘limbo’ selama 100 tahun. Untuk memastikan hayatnya berpanjangan, Waris memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu. Selama ini keturunan Mas Ayu cuba menghalang gangguan Waris dengan tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk berkahwin.

Mas Ayu pula kini katatonik yang tidak mampu bergerak atau berkata-kata. Waris cuba mempertaruhkan Mas Ayu demi kepentingannya namun dalam masa yang sama dia tidak dibenarkan hidup oleh Mas Suri yang mahu mengawal kuasa Waris.

Sementara itu, Fizz Fairuz melakonkan watak Rashad, bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan. Beliau telah kehilangan anak dan isterinya di dalam kemalangan jalan raya dan sejak itu, beliau mampu melihat makhluk halus di sekelilingnya. Abangnya mati dibunuh dan Rashad cuba menyelesaikan misteri kematian abangnya yang merupakan mangsa Waris.

Masihkah ada sinar harapan untuk Marisa menemui kembali keluarga kandungnya? Berjayakah Mas Suri menghapuskan Waris yang sudah hidup seratus tahun? Adakah Rashad menerima kelebihan yang dimilikkinya atau merupakan satu beban yang perlu ditanggung? Apakah kaitan cerita-cerita mereka? Nantikan jawapannya di slot Seram Kekasihku Seru, setiap Khamis, jam 9.30 malam mulai 24 Julai 2008.

Budiey: Mungkin selepas ini, Khabir Bhatia akan buat filem seram pula? Mana tau, kan?

Emelda Rosmila sebagai Marisa

Hairi Othman sebagai Waris

Kuza sebagai Mas Ayu

Rose Iskandar sebagai Mas Lela

Mazlan

Fizz Fairuz sebagai Rashad

[tags]drama kekasihku seru, pelakon top, Restoran Rebung Chef Ismail, alamat restoran, senarai harga, pakej, buffet berbuka puasa, 2009, hari raya, debat, video debat, anwar ibrahim, Khabir Bhatia, Emilda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman, Umi Aida, Kuza, Rose Iskandar, Mazlan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shashi Tharan Pelakon Utama Filem Estet

Gambar Aksi ‘Panas’ Ziela Bakarin & Mahmud Ali Basha