Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sekitar Majlis Pelancaran Kamera Pintar Samsung 2View



Budiey percaya, semakin lama, dunia akan maju dengan adanya teknologi. Dengan adanya teknologi canggih yang semakin berkembang dari hari ke hari buat hidup kita jadi lebih senang. Buat kerja pun cepat dan efisien kata orang.

Pada 8 September lalu, Budiey ada dijemput untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Kamera Pintar Samsung 2View. Terima kasih kepada syarikat Samsung yang sudi jemput Budiey. Yea, mereka pun tahu yang Budiey ada cover untuk event dan juga gadget juga. Tak semestinya semua berita selebriti aje. Sebab kata mereka, selebriti dan gadget ada kaitan juga.

Sebenarnya, majlis itu juga mengumumkan pelancaran rangkaian bukan satu, tapi 10 kamera digital terbaru keluaran Samsung yang berada di pasaran Malaysia. Korang boleh dapatkannya sekarang.

Dan kamera yang membuat Budiey berkata… WOW… ialah kamera pintar digital 2View yang mana Budiey rasa ianya menetapkan tanda aras baru menerusi dua skrin LCD peka sentuhan yang membolehkan pengguna mengambil gambar dengan yang cara yang lebih menyeronokkan.

Juga Budiey terpegun saat menatap kecanggihan yang ada pada kamera digital ST1000 dengan ciri sambungan luar biasa menerusi WiFi, geopenada terbina dalam, dan Bluetooth 2.0 memberikan pengguna perant.

Ciri utama 2View Samsung ni ialah ianya ada 2 paparan LCD peka pada sentuhan. Satu kat depan dengan LCD 1.5 inci dan kat belakang tu yang besar sikit. Harga pasaran untuk model ST550 ialah RM1,249 dan model ST500 ialah RM999. Murah la tu kan?

Ianya menampilkan CCD 10.2 megapixel, zoom optik 3X, penstabilan imej digital dan skrin pintar LCD 2.7 inci. Kamera ni juga ada Smart Auto untuk pemilihan suasana, Smart Album pulak untuk menguruskan fail gambar tu dengan mudah. Pengambilan gambar memang cantik, panduan bingkai, pengesanan muka dan potret diri.

Sekarang, dengan kamera ni korang boleh ambil gambar diri sendiri dengan mudah sekali.

Korang juga boleh ambil gambar dengan timer dengan senang. Nampak tak nombor tu, kira… 1, 2, 3…

Pandangan dari atas. Nipis je kan?

Boleh ambil gambar sendiri dengan senang sebab nampak paparan di skrin.

Nak ambil gambar baby, anak anda boleh ketawa dan senyum dengan senangnya dengan paparan kartun ni.

Gimik launching oleh orang besar SAMSUNG

Mahu beli ka?

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Maxis Lancar Google Nexus S Keluaran Samsung
  • Samsung GALAXY S II Price Malaysia
  • Winner Samsung Apps Top Downloader Contest
  • Samsung Bags The Most Gold Awards at GoMobile 2010
  • Samsung Remains No.1 in the Monitor Business
  • Alif OIAM Pengacara Siapa Pintar
  • Samsung NX Camera Workshop For Shutter Bugs
  • Samsung & Sony Shift to New LCD Panel Business Alliance
  • Samsung 3D TVs Preferred by Consumers
  • Samsung GALAXY Tab 10.1 Celcom Consumer Launch Event





































































































































































































































































































  • Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK