in , , ,

Senarai 9 Lokasi Membeli Belah Terbaik Untuk Beraya Sakan di Selangor

Mari Membeli Belah di 9 Hotspot Untuk Persiapan Raya Anda!

Hari Raya hampir tiba dan ini adalah masa yang dinanti-nanti untuk membeli-belah bagi persiapan raya anda! Dengan pelbagai jualan, diskaun dan promosi, Negeri Selangor pastinya syurga membeli-belah di saat-saat akhir. Mari beraya sakan di 9 tempat membeli-belah di Negeri Selangor untuk memeriahkan sambutan hari raya anda untuk mengikuti trend fesyen terkini!

SACC MALL DAN KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM, PETALING

Terletak bersebelahan, SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam merupakan tempat yang terkenal dan menjadi tumpuan untuk mencari Baju Raya dengan ribuan pengunjung dari kawasan berhampiran dan luar Shah Alam. Dilengkapi dengan kawasan riadah, pengunjung boleh berehat selepas berjam-jam membeli-belah! Daripada barangan isi rumah, fesyen hingga produk kecantikan, semuanya tersedia di sini daripada barangan mesra bajet hingga barangan mewah yang datang daripada jenama tempatan dan antarabangsa. Terletak di tempat yang sama dengan Bazar Ramadan PKNS, ia pastinya menjadi tumpuan pengunjung untuk berbuka puasa selepas berjam-jam membeli-belah.

Senarai 9 Lokasi Membeli Belah Terbaik Untuk Beraya Sakan di Selangor

BAZAAR RAYA SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM

Dibuka dari jam 6.00 petang. hingga 1.00 pagi, Bazar Raya Sungai Besar menjadi tumpuan penduduk Sabak Bernam. Dikendalikan oleh peniaga peniaga kecil, Bazar ini menjual pelbagai jenis pakaian, kuih raya, hiasan raya dan lain-lain dengan harga yang rendah di lebih 150 gerai yang tersedia. Bazar ini malah terkenal dengan gerai Roti Canai Terbang Kari Kambing, sesuai untuk Moreh pada waktu malam! Dilengkapi dengan ruang letak kereta yang luas, pengunjung boleh membawa seisi keluarga dengan selesa! Bagi mereka yang kembali untuk beraya ke Sabak Bernam, jangan lepaskan peluang untuk ke Bazar ini dan membeli-belah buat kali terakhir! 

Senarai 9 Lokasi Membeli Belah Terbaik Untuk Beraya Sakan di Selangor

BAZAAR RAYA BANDAR MALAWATI, KUALA SELANGOR

Bazar Raya Rumpun Selangor di Bandar Malawati Kuala Selangor telah mengumpulkan 50 gerai pada tahun ini daripada pakaian, kuih raya, hiasan rumah dan banyak lagi. Pengunjung boleh merebut peluang untuk memenangi cabutan bertuah dan membawa pulang jongkong emas, motosikal, peti sejuk, televisyen dan juga mesin basuh! Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk membeli-belah sempena Aidilfitri di Kuala Selangor!

BANDAR BORONG GM KLANG, KLANG

GM Klang kembali dengan Bazaar Rioooh Raya serta 40 gerai tersedia sehingga 9 April. Dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam, pembeli boleh merebut promosi daripada pakaian, tekstil, barangan rumah, hiasan rumah dan lain-lain. Rebut peluang untuk memenangi jongkong emas bernilai RM 10,000 dengan pembelian melebihi RM 200.

THE CURVE, PETALING

Bernostalgia dengan Kiriman Raya di The Curve untuk menyelusuri seni dan budaya Malaysia. Beraya bersama The Curve pastinya akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan festival kraf, persembahan tarian Muzikal Raya, aktiviti seni dan kraf untuk kanak-kanak dan banyak lagi! Bagi yang membeli belah di saat-saat akhir, jangan risau! Terdapat 78 jenama yang disediakan seperti Seleksi Akma, Juragan, Psychedelic, Khatam dan lain-lain.

Senarai 9 Lokasi Membeli Belah Terbaik Untuk Beraya Sakan di Selangor

SEKSYEN 7, SHAH ALAM, PETALING

Terkenal dengan jenama- jenama tempatan yang terletak di sepanjang Seksyen 7 di Shah Alam seperti Icahfa, Jovian, Minimalace dan lain-lain, anda boleh dapatkan set lengkap pakaian Hari Raya untuk OOTD Raya anda! Daripada baju raya, tudung, sampin, semua ada di sini dengan harga yang berpatutan. Terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tempat ini terkenal walaupun di kalangan penduduk luar Shah Alam.

Senarai 9 Lokasi Membeli Belah Terbaik Untuk Beraya Sakan di Selangor

PUSAT MEMBELI BELAH 1 UTAMA, PETALING

Lawati Hikayat Sang Perantau yang megah terbina di Pusat Membeli-belah 1 Utama sehingga 14 April 2024. Menekankan budaya Pantai Timur, pengunjung boleh bersiar-siar di sepanjang jeti mock up Kampung Nelayan dan menyaksikan Teater Wayang Kulit dan Pameran Wau. Lebih 41 gerai tersedia tahun ini daripada pakaian, tekstil, aksesori, hiasan rumah, kuih raya dan banyak lagi!

BANGI SENTRAL, HULU LANGAT

Syurga membeli-belah yang telah lama terbina ini adalah tempat yang mesti dikunjungi semasa bulan Ramadan. Terkenal di kalangan pembeli semasa musim perayaan, kawasan ini mempunyai aliran trafik yang tinggi walaupun pada hari bekerja. Daripada baju raya, tudung dan juga aksesori, semuanya ada di sini. Bagi mereka yang merancang untuk membeli-belah di saat akhir, pastikan anda datang awal untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam trafik di Bangi.

PENUTUP

Bawa keluarga dan rakan anda untuk membeli-belah di 9 pusat membeli-belah di Selangor ini untuk persiapan Aidilfitri. Daripada trend fesyen terkini untuk OOTD anda, kelengkapan rumah hingga kuih raya yang enak—semuanya tersedia dengan mudah di lokasi ini! Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan di Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunkface Lancar Single Berjudul Hilang Melodi Memukau Penuh Emosi

Ramai Terkejut! Syasya Undur Diri Tinggalkan DOLLA Atas Sebab Peribadi