Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sarimah Ibrahim & Jimmy Shanley Pengacara Akademi Fantasia 8



Akademi Fantasia musim ke-8 buka lembaran baru dengan melantik NORMAN KRU sebagai pengetua bersama barisan tenaga pengajar dan pengacara berpengalaman.

Ini menjadikan NORMAN KRU sebagai pengetua paling muda sepanjang sejarah Akademi Fantasia.

Namun, Budiey teruja dengan kata-kata beliau yang sangat positif dan optimistik apabila ditanya apakah pembaharuan yang akan dibuat. Menurut Norman, beliau bukan setakat untuk mencipta bintang, malah kalau boleh beliau mahu melahirkan seorang lagenda. Bukan sekadar keluar AF, terus berkubur atau hanya bertahan setahun dia saje. Sekurang-kurangnya, bintang yang bakal dilahirkan boleh bertahan sekurang-kurangnya 4-5 tahun.

Di Majlis Sidang Media Pengumuman AF8 yang diadakan di Level Se7en, Hotel Hilton jam 8 malam semalam, Norman KRU telah diumumkan sebagai pengetua sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi dan teka-teki tentang siapakah yang bakal menerajui akademi pada tahun ini.

Norman KRU harap bakal pelajar mengutamakan disiplin. Peringkat awal, AF akan mengubah karakter dan sikap para pelajar. Dari segi pengarahan muzik, beliau tak nak program ini menjadi bosan. Jadi setiap minggu akan ditampilkan tema dan kepelbagaian muzik.

Di masa sekarang, cara pemilihan artis dah berubah. Apa yang penting adalah sejauh mana keberkesanan setiap pelajar amal dengan apa yang dipelajarinya. Selain tak nak ada klon mana-mana penyanyi yang sedia ada, Norman ingin melahirkan bintang yang boleh pergi jauh.

Mengambil contoh kejayaan Adam yang tercatat sebagai seorang artis paling senior dalam pencalonan kategori Penyanyi Lelaki Paling Popular Anugerah Bintang Popular, ianya memberi isyarat bahawa di Malaysia ini majoriti penyanyinya adalah dari kalangan remaja dan bintang kelahiran program realiti TV.

Tahniah NORMAN KRU!

Selain mahu menerapkan artistik dan bakat, nilai komersial juga penting. Kalau tidak, pelajar takkan kemana-mana. Itu pentingnya usaha untuk meluaskan lagi bakat untuk dijual. Sebagai contoh, lagu-lagu kena dimainkan di radio dan TV bagi memastikan masyarakat dapat menerima seseorang pelajar.

Antara tenaga pengajar AF8:

  1. Siti Hajar – Guru Vokal Teknikal
  2. Linda Jasmine – Guru Tari
  3. Adnan Abu Hassan – Guru Vokal Persembahan
  4. Fatimah Abu Bakar – Kaunselor fan Guru Bahasa Inggeris
  5. Que Haidar – Jurulatih Drama

Linda Jasmine

Pasangan suami isteri pertama kedua jadi tenaga pengajar selepas M.Nasir & Marlia Musa.

Adnan Abu Hassan

SARIMAH IBRAHM dan JIMMY SHANLEY juga telah diumumkan sebagai pengacara Akademi Fantasia 8. Kedua-dua wajah eksklusif Astro ini akan menjadi hos untuk Konsert AF8 mingguan.

Jimmy Shanley

Jimmy ‘nervous’ untuk jadi hos AF8

Sarimah Ibrahim

Oh! Patutlah Jimmy Shanley bersara untuk jadi hos Trek Selebriti. Dapat rezeki besar rupanya.

Kenapa perlu ada 2 orang pengacara di Konsert AF? Adakah Sarimah dan Jimmy tak yakin?

Sebenarnya, ini bukan elemen baru sebab sebelum ni kita dah tonton program realiti TV lain seperti Sehati Berdansa yang menampilkan 2 orang pengacara. Yang penting, Astro begitu yakin dan bangga dengan kebolehan setiap hos. Ini juga memberi peluang kepada hos baru untuk menimba pengalaman.

Bertemu dengan Sarimah semalam, Budiey ada bertanyakan tentang The Biggest Loser Asia yang mana Sarimah menjadi hos untuk program No.1 di saluran Hallmark itu.

Budiey: Sarimah, The Biggest Loser Asia dah tamat eh?

Sarimah: Yea dah tamat.

Budiey: Sape ek pemenang dia?

Sarimah: Eh, mana boleh kasi tau. (Sambil buat isyarat men’zip’kan bibir munggilnya.)

Apa-apa pun, Budiey rasa pengalaman jadi hos Diari AF selama 2 musim semenjak AF6 dan mengacarakan program antarabangsa versi Asia, The Biggest Loser Asia menjadi tiket utama pemilihan Sarimah Ibrahim untuk mengacara siaran langsung Konsert AF bersama Jimmy Shanley.

Dengarnya, bayaran untuk jadi hos AF8 memang agak berbaloi jugak. Tapi taklah setanding dengan bayaran Aznil. Berapa ratus ribu tu, tak dapat dipastikan.

Selain itu, ada beberapa perubahan format dalam AF kali ini:

  1. Diadakan siaran langsung Debaran AF pada hari Ahad di mana penyingkiran pelajar akan diumumkan. Jadi, penonton ada banyak masa menilai prestasi persembahan pelajar untuk menonton selain dapat enjoy konsert tanpa sibuk untuk mengundi. Format ini seperti yang dibuat di Sehati Berdansa, Do You Think You Can Dance, American Idol dan banyak lagi program.

Ini menepati matlamat AF untuk melahirkan bintang AF yang benar-benar berkualiti dan tidak lagi menjadi mangsa kepada undian SMS gara-gara kesuntukan masa. Pihak  Astro menyangkalkan format ini dibuat untuk mengaut keuntungan.

AF8 akan bermula pada 13 Mac 2010 hari Sabtu dengan menyiarkan Tirai AF – sebuah konsert pengenalan (prelude) yang memperkenalkan pelajar baru AF8 pada jam 9 malam.

AF8 julung-julung kali menjadi ditaja oleh Cerebos (Pati Ayam Brands) sebagai penaja utama. Cerebos juga telah menaja Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com pada 24 Januari lalu.

Senarai para pelajar AF8 yang berjaya terpilih akan diumumkan di sidang media akan datang pada 9 Mac 2010.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Profile Jimmy Shanley Pengacara Trek Selebriti
  • Jimmy Shanley & Suhaila Bertunang 11 Jun Ini
  • Gambar Sarimah Ibrahim di Sidang Media Akademi Fantasia 7
  • Norman KRU Pengetua Akademi Fantasia 8
  • Jimmy Shanley Jadi Pengacara Program Itu Dia
  • Gambar Sarimah Ibrahim di Karpet Biru AIM18
  • Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Gambar & Ulasan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9
  • Sarimah Ibrahim di Media Launch Party The Biggest Loser Asia
  • Gambar Pelajar Akademi Fantasia 7 YAZID



    • micc

      ye ker linda jasmine & que haidar the 1st couple jd tenaga pengajar kat AF?
      M.Nasir & Marlia Musa bukan yg the 1st ker?

    • http://myfr3ak.blogspot.com/search/label/Photography?max-results=10 myfr3ak / Sang tEnUk

      Akhirnya segala teka-teki sudah terjawab! Hahahaha :D

    • matt

      i like 2 pengacara ni, mmg tpt sekali pemilihan diorg jd pengacara af. 2 2 cool, semoga berjaya lah.

    • zyda

      suka sesgt dgn pngacara kali ni terutama jimmy..dh lama nk tgok jimmy jd hos sbb ini pluang dia kmbangkn bakat..jd takla asik2 kita tgok muka awal ashari je situ sana sini,pdhal xde la bgus sgt..hrp jimmy kklkan sikap selambanya tu..hrp lps ni jgn lupa diri n bleh contohi n bjaya mcm paknil..jimmy bleh!!!

    • afif

      waaaah… i like linda jasmin jd koreagrafer.. heeem
      pastikan sentiasa mantap…. hehe
      1..2……….3……………7……8…………. (nada nyaringnya..) perrrggghhhh!!!

    • Hamba Allah

      “Menurut Norman, beliau bukan setakat untuk mencipta bintang, malah kalau boleh beliau mahu melahirkan seorang lagenda. Bukan sekadar keluar AF, terus berkubur atau hanya bertahan setahun dia saje. Sekurang-kurangnya, bintang yang bakal dilahirkan boleh bertahan sekurang-kurangnya 4-5 tahun”-> kalau 4,5 tahun bukan lagenda namanya….lagenda ni dikenang selama2nya hatta sampai mati sekalipun!
      Apa2halpun selamat menjalankan tanggungjawab masing2…

    • was-seetu

      Sarimah is so beautiful

    • Qaseh

      best ke…. jimmy dgn sarimah ala.. boringla kalau aznil kan bagus

    • peminat af

      memang tak best…kalu sarimah jadi pengacara AF8..bosan….cariah oranglain…ramail lagi yang layak jadi pengacara AF8….bukannya Sarimah…

    • ghost rider

      af adalah program no 1 , pengacara kenalah no 1 bukan yg kecik2 anak nie,american idol program no 1 di US , tak tukar host pun!(perubahan adalah sesuatu yg baik tapi bukan utk host AF kita yg first 2 , AZNIL IS AF & AF IS AZNIL

    • skyty

      skyty:sarimah tak best lah jadi pengacara af tahun ini…..tonton af tahun ini pun macam tak menonton,biasa jer….bosan giler tonton af tahun nie tak best langsung……pelajarnya pun tiada yang menunjukkan kebolehan sendiri………….manja sangat lah pelajar af 8 tahun nie………………………huhu..walaupapun sarimah…..dooo the best…………………

    • kycy

      kycy:sarimah tak best lah……………..ganti pengacara jak looorhh….hanya aznil yg mampu menarik perhatian orang ramai tak kira kat di mana jua mahu pun kat radio/kat tv…………….aznil tetap noo 1 in the worldddddddddddddddddd,,,,tiada yang dapat mengantikan tempat sebagai pengacara nooo1 MALAYSIA…………………………………………teruskan kami setiasa menyokong anda………..AZNIL is AZNIL………..
      for sarimah teruskan berusaha untuk mmenceriakan kami pada konset seterusnya………………….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK