in

Saksikan Overhaulin Musim ke-3 di 8TV

Bagi mereka yang mengemari kereta, rancangan Overhaulin’ (musim ke-3) merupakan sebuah rancangan yang harus anda tonton. Rancangan ini kembali ke 8TV untuk musim ketiga bermula 12 Jun 2009 pada jam 10 malam. Overhaulin’ musim ke-3 ini menjanjikan lebih banyak aksi yang menghiburkan.

Menerusi rancangan televisyen yang digemari ramai ini, kereta-kereta lama akan menjalani proses pengubahsuaian oleh Chip Foose dan kumpulan A-Team untuk menghasilkan sebuah kereta yang lebih canggih dan menarik.

Rancangan yang dihasilkan oleh Bud Brutsman dan dihoskan oleh Chris Jacobs dan Adrienne “AJ” Janic ini turut membawakan tetamu-tetamu yang merupakan mereka yang cukup terkenal dalam bidang pengubahsuaian automobil seperti Ian Ziering, Jason Priestly, Robby Gordon dan Tyler Hatzikina. Kesemua mereka akan mengubahsuai kereta lama kepada sebuah kereta yang canggih dan menarik menerusi satu transformasi yang dilakukan dengan teliti dalam masa satu minggu.

Overhaulin’ meneroka dengan lebih dalam proses pemasangan, pembinaan dan modifikasi sesebuah kenderaan. Rancangan ini bukan sahaja menarik dan menghiburkan malah turut menyelitkan tips-tips menarik untuk anda semua!

“Peminat-peminat kereta seharusnya tidak mahu ketinggalan untuk menonton musim ke-3 rancangan Overhaulin’ ini. Kami yakin anda akan terpegun dan kagum dengan kemampuan Chip Foose dan A-Team dalam pengubahsuaian kereta-kereta lama dan buruk kepada sebuah kereta baru yang lebih canggih dan menarik! Anda juga sedikit sebanyak dapat mempelajari teknik modifikasi serta alat keselamatan sesebuah kenderaan.” Kata Pengurus Besar 8TV, Ms. Lam Swee Kim.

Paling istimewa tentang program Overhaulin’ ini ialah pemerhatian dan ketelitian yang dilakukan dalam setiap proses pengubahsuaian sesebuah kereta. Mengambil masa selama tujuh hari sahaja, transformasi akan berlaku tanpa mengabaikan kualiti sesebuah kenderaan.

Untuk menyaksikan proses ubahsuai yang menyeronokkan dan mempelajari sesuatu yang baru dari Chip Foose dan kumpulan A-Team, jangan lupa menonton Overhaulin’ (Musim ke-3), di 8TV setiap Jumaat jam 10 malam bermula 12 Jun 2009. 8TV juga boleh ditonton melalui siaran 708 Astro.

Kini, anda boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aura Bintang RTM 2009

Gambar Liyana Jasmay di Suria FM Together-Gather Bersama Media