in ,

Gambar Liyana Jasmay di Suria FM Together-Gather Bersama Media

Semalam, jam 3.30 petang, telah berlangsung majlis Together-Gather Bersama Media anjuran radio popular Suria FM di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Selain dihangatkan lagi dengan kehadiran seluruh media yang turut diraikan, ramai juga artis yang turut serta datang memeriahkan acara termasuklah Datuk Sharifah Aini, Jay Jay, Farah Breep Breep, Ramlah Ram, Azharina, Siti Sarah, Aizat, Dafi dan bintang AF yang fresh iaitu Aril dan Afiz.

Diacarakan oleh Vee yang begitu geletah dan kelakar dengan celotehnya, acara semalam memang happening. Sudah tentu, hadiah cabutan bertuahnya juga memang lumayan. Terima kasih kepada Suria FM kerana menganjurkan majlis untuk menghargai para media yang banyak membantu dalam mempromosikan lagi stesen radio ini.

Juga, Liyana Jasmay yang terkenal dengan lagu, Ku Tak Percaya Cinta ini… turut buat persembahan pembukaan. Mmmm… lama tak jumpa Liyana, nampaknya dia semakin kurus tapi masih mantain comel. Bertambah kurus keding la, bila pelakon filem Histeria ni pakai seluar sendat. Budiey harap Liyana makan banyak sikit, kasi berisi ye dik. Yang penting, rambut Liyana makin cantik… huhu… tak lama lagi, mesti kena sambar untuk buat iklan syampoo pulak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saksikan Overhaulin Musim ke-3 di 8TV

Satio From Sony Ericson Communication Entertainment Brand