in

SAFI JENAMA UNGGUL PRODUK PENJAGAAN DIRI MUSLIMAH

SAFI JENAMA UNGGUL PRODUK PENJAGAAN DIRI MUSLIMAH
Selama hampir 2 dekad kewujudan SAFI di pasaran Malaysia, maka tidak hairanlah bagi SAFI yang kini muncul sebagai peneraju utama di pasaran di dalam kategori produk penjagaan diri untuk Muslimah dan sekeluarga.

SAFI yang membawa maksud “Bersih dan Suci”, disasarkan khas terutamanya untuk wanita Melayu yang ingin mengekalkan ciri-ciri kewanitaannya tanpa berkompromi dengan nilai-nilai agama Islamnya.

Disahkan HALAL oleh JAKIM (kini HDC – Halal Development Corporation), rangkaian produk di bawah jenama SAFI terdiri daripada siri penjagaan kulit, ubat gigi, talkum, syampu, lulur mandi, losyen tangan & badan, kosmetik, minyak wangian, rangkaian dandanan rambut untuk lelaki,  pembersih peribadi wanita serta terbaharu rangkaian penjagaan bayi  – yang mana kesemua rangkaian-rangkaian tersebut adalah diperbuat daripada bahan terpilih, semulajadi, berkualiti dan halal; Seiring dengan kehendak syarak. 

Untuk Pesona Nona musim ini, ianya di bawa khas oleh SAFI dan diterajui oleh SAFI BALQIS, iaitu rangkaian penjagaan diri untuk gadis serta wanita melayu yang mengimpikan kulit yang putih berseri secara semulajadi. Terdiri daripada Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar, Krim Pelembap Siang SPF15, Losyen Pelindung Suria SPF30, Krim Kecantikan, Krim Malam serta Losyen Tangan & Badan, rangkaian SAFI BALQIS juga didatangi dengan rangkaian talkum wangi, deodoran stik serta deodoran bebola.

Rangkaian produk SAFI BALQIS dipertingkatkan dengan Sistem Pencerah Berganda, Pelindungan UV serta Teknologi Nano-Q10 yang bukan hanya mencerahkan kulit, tapi juga menganjalkannya, supaya kulit bersih serta putih dan berseri.

Sejajar dengan matlamat membentuk wanita Malaysia khususnya wanita melayu kearah kecantikan khususnya di dalam industri seni serta pengacaraan tanahair, SAFI BALQIS dengan bangganya sekali lagi menjadi penaja utama untuk Pesona Nona musim ini. Semoga niat suci SAFI untuk mempertingkatkan produk keluaran tempatan serta Halal dikalangan wanita Melayu dapat direalisasikan dengan kerjasama ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU

GAMBAR KEKASIH HATI AVAA VANJA