Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Penyiaran



RUMAH TERBUKA AIDILFITRI JABATAN PENYIARAN BERKONSEP 1 MALAYSIA

Tirai lembaran Syawal ditutup dengan penuh ceria oleh warga kerja Jabatan Penyiaran Malaysia dengan berlangsungnya rumah terbuka Aidilfitri peringkat Jabatan yang telah diadakan pada 15 Oktober 2009 lalu bertempat di Foyer Wisma Radio, Angkasapuri Radio Televisyen Malaysia RTM.

Rumah terbuka berkonsepkan 1 Malaysia yang bertemakan Mesra Aidilfitri RTM 2009 itu dimeriahkan dengan penampilan dua personaliti RTM, Eisha (Selamat Pagi Malaysia) dan Muazzanazudin (Diva@1) sebagai pengacara. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat  YB Dato’ Joseph Salang (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan YBhg Dato’ Norhyati Ismail (Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran [Strategik]) yang meluangkan masa melawat gerai-gerai makanan selain turut menyempurnakan acara memotong kek hari raya yang telah ditaja khas oleh Chef Liza Zainol dari Akademi Memasak Chef Liza.

Riang ria acara tradisi tahunan di jabatan kerajaan itu juga berbeza tahun ini apabila setiap bahagian diminta menyediakan gerai makanan bagi memeriahkan rumah terbuka itu. Antara gerai-gerai yang menjadi perhatian di acara itu adalah gerai Bahagian Rekabentuk yang menyediakan hidangan istimewa kambing panggang dan gerai Bahagian Radio dengan juadah istimewa sate bersama pelengkap hidangan seperti nasi impit dan kuah kacang yang sememangnya kegemaran rakyat Malaysia serta gerai bahagian Komunikasi Korporat RTM yang menyediakan beraneka jenis kek sebagai pemanis mulut yang menyelerakan. 

Gerai-gerai lain yang turut menjadi tumpuan antaranya Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Berita Ehwal Semasa, Bahagian Penerbitan TV serta Bahagian Siaran, Pemasaran, Khidmat Pengurusan dan Strategik. Pelbagai juadah wajib hari raya seperti ketupat, lemang, rendang dan persembahan nyanyian dan tarian dari bahagian-bahagian dalam jabatan turut menjadi santapan mata pengunjung yang juga warga kerja Jabatan Penyiaran Malaysia.

Menurut YBhg Dato’ Norhyati Ismail (Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran [Strategik]), ”Ini adalah kali pertama acara sebegini diadakan yang melibatkan keseluruhan bahagian di RTM. Jelas di sini komitmen yang ditunjukkan dengan kerjasama dalam setiap bahagian dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kakitangan jabatan selain pelanggan radio dan TV sebagai tujuan asas acara.

Dengan adanya beberapa kategori pertandingan anataranya gerai tercantik, gerai mesra, gerai terbersih selain pakaian terbaik Hari Raya diharap ianya dapat memeriahkan suasana sambutan hari raya dan tradisi ini dapat diteruskan setiap tahun selaras dengan konsep 1 Malaysia.”
 
Pastinya acara sambutan ini berterusan setiap tahun dan mampu mengeratkan hubungan antara warga kerja Jabatan Penyiaran Malaysia.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rakaman Rumah Terbuka Wanita Hari Ini & Nona
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri In Heart & Hyrul Mentor 3
  • Kad Raya Dari Aizat Yang Kreatif
  • MaJAZZtic Aidilfitri di Sungei Wang Plaza
  • Iklan Promo Hari Raya 2010 TV3
  • Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri
  • Sekitar Majlis Perasmian Kompleks Penyiaran Negeri Pahang
  • Pengamal Media Pertama Ditauliah Pegawai Kehormat TUDM
  • Makanan Haram di Rumah Terbuka



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK