in

Tour Ke Singapura Untuk Anugerah Blog Asia Pacific

Jam 7.45 pagi, Budiey sekarang berada di Heritage House, Jalan Yap Ah Shak, tengah menunggu bas yang akan membawa ke Singapura. Dijangka bas akan bertolak jam 8.30 pagi. Diharap semua berjalan baik dan kami semua tiba di Singapura dengan selamat.

Sebagaimana yang pembaca semua sedia maklum, Budiey akan menghadiri Anugerah Blog Asia Pacifik pada malam ini jam 8 malam di Gala Dinner di Pan Pacific Singapore Grand Ballroom. Berjaya disenaraikan dalam himpunan kategori Blog Hiburan Terbaik, Budiey tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menjulang trofi kerana semua blog yang tersenarai adalah di kalangan yang terbaik.

Pendaftaran bermula jam 6.45 malam dan penulis blog yang hadir hendaklah memakai pakaian yang ditetapkan iaitu DRESSCODE: Formal. Untuk Gentlemen – Long Sleeved Shirt and Pants (preferably Black Tie), manakala untuk ladies pula Cocktail Dresses.

Bercakap tentang apa yang bakal berlaku pada malam ini, Budiey diberitahu anugerah pertama anjuran syarikat pengiklanan Nuffnang ini akan diacarakan oleh Allan Wu, yang terkenal menjadi pengacara Amazing Race Asia di AXN.

 

Juga akan dihiburkan oleh penyanyi yang Budiey tak pernah jumpa dan kenal pun, Electrico dan

Antara keputusan anugerah yang akan diumumkan ialah: 

Blogs of subject interest:

  1. Best Blog Shop
  2. Best Food Blog
  3. Best Fashion Blog
  4. Best Parenting Blog
  5. Best Travel Blog
  6. Best Geek Blog
  7. Best Celebrity Blog
  8. Best Entertainment Blog

Overall blog Categories:

  1. Best Original Blog Design
  2. Most Influential Blog
  3. Best Hidden Gem
  4. Region’s Best Blog

Pada hari kedua di Singapura, semua blogger akan dibawa jalan-jalan makan angin. Antara tempat yang akan kami singgah ialah Chinatown Heritage Museum, URA Museum, makan tengahari di Maxwell Food Centre, Raffles Hotel, Mint Museum of Toys, Clark Quay, Singapore Flyer, Esplanade, Merlion Park, Jalan Bugis dan Orchard Road.

Terima kasih kepada kepada penganjur Nuffnang dan penaja anugerah blog ini yang telah menaja penginapan dan pengangkutan serta tour di Singapura.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Penyiaran