Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Rosyam Nor Pilih Kasih?



Rosyam Nor kini sibuk menghasilkan sebuah program realiti terbaru khusus untuk mencari wajah-wajah baru di dalam bidang lakonan berjudul Pilih Kasih. Idea untuk menghasilkan ‘Pilih Kasih’ tercetus apabila dia mahu menghasilkan filem baru berjudul ‘Kekasih’. Pemenang ‘Pilih Kasih’ akan diberi peluang untuk berlakon sebagai pelakon utama dalam filem tersebut. Dari perspektif yang lain pula, program ini pastinya akan memberi publisiti yang cukup baik untuk filem ‘Kekasih’ apabila diterbitkan kelak.

Pilih Kasih yang mula bersiaran di TV2 mulai 11 April selama empat bulan, akan melatih bakat-bakat yang terpilih hingga menjadi seorang pelakon yang versatil serta mampu memenuhi kriteria yang diingini dalam filem ‘Kekasih’.

Pilih Kasih’ tetap mengekalkan format program realiti yang lain di mana paparan perjalanan aktivtiti harian pelajar akan ditayangkan menerusi jurnal harian yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang 12 minggu program tersebut ditayangkan.

Manakala tayangan perdana akan memaparkan pertarungan di antara peserta dalam mengekalkan kedudukan mereka. Penonton akan menyaksikan hasil lakonan setiap peserta melalui tayangan drama bersiri 10 minit, lakonan monolog dan teater muzikal yang akan dipersembahkan secara langsung di hadapan penonton selama 15 minit.
 
Pengkritik tetap yang akan membuat penilaian peserta adalah Dr. Abu Hassan yang juga merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya dan Rosyam sendiri. Setiap minggu seorang pengkritik jemputan akan dijemput.

Rancangan ini terbuka kepada mereka yang meminati bidang lakonan dan berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun. Siri ujibakat pula akan diadakan di Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Rosyam Nor dan Isteri
  • Aada Zara Peserta Pertama Tersingkir Pentas Pilih Kasih
  • Ujibakat Pilih Kasih Musim Kedua
  • Tonton Pilih Kasih Peringkat Akhir Ahad Ini di TV2
  • Gambar Intim Rosyam Nor Dengan Fauziah Latif
  • Gambar Rosyam Nor dan Fauziah Latif Dalam Drama Gelora Di Hati
  • Pentas Pilih Kasih: Ahdan Tersingkir Di Minggu Ke Lapan
  • Pilih Kasih Musim Ketiga Adalah Yang Terakhir
  • Ulasan Pilih Kasih Minggu Ke-5
  • Iqbal Mazlan Juara Pilih Kasih Musim Pertama



  • 20 Komen untuk entri “Rosyam Nor Pilih Kasih?”

    1. june kata:

      ohh abg rosyam…

    2. Qistina kata:

      mmmm..dah tua…

    3. akutaksuka kata:

      aku suka dia….

    4. zaty kata:

      yahouuowwww….. minat glew kat bro ROSYAM
      nie taw..!!! lakonan bro nie sume memang best
      larhh..!!! walaupon bro dah semakin berusia..
      owang memang x penah bosan nak tengok bro
      teros ade kat dalam bidang lakonan nie..!!!
      caayoouuwww…..

    5. NONA kata:

      ABG ROSYAM..AKU PEDULI APA KALO ORG LAIN KATA DIA DAH TUA..PADA AKU TK TUA PUN..KALO UMO DIA DAH MASUK 50 PUN DIA DLM KATEGORI LELAKI DEWASA KACAK CAM RICHARD GERE, HARRISON FORD, AMY SEARCH..CAUSE STILL BOLE BAWAK WATAK ROMANCE, THRILL, KOMEDI, HIGH DRAMA..AKU TK BOLE BAYANG KALO SI AC TUH DAH UMO 45..SKRG NI PUN UMO DIA BARU 37 TP ASIK BAWAK WATAK BADUT JER..ELOK LA TU

    6. cute kata:

      kehkehkeh….. aku sokong ko ‘nona’ aku pn x leh bayang
      AC umor 45 sok2….. AC dimana……

    7. june kata:

      tua2 power pe..bersih dari gossp..lakonan meletop..fuhhh suka sgt gan abg rosyam ni…

    8. nurulema kata:

      salam’…macam seronok jer bila dengar pilih kasih’…harap dapat jumpa pelapis baru’..mesti ramai yg xsabar2,nak g pilih kasih’……still the best la’…

    9. awien kata:

      aritu teman kakak audition. rasa macam unfair pun ade. Yang ade rupa/cantik/hensem di beri peluang byk kali. Walaupun tak pandai berlakon keras macam kayu. Kalo mcm tu cara pilihan rosyam, sampai bila nak maju filem/cerita malaysia.

    10. iqa-jifiha- kata:

      abg rsyam, sbnrnye kite klu hdup mst bnyk tempoh liku2 khidupan yg sukar sngt nk lalui. jd..kite knelah sbr yea..pdulikan ap org kate.yg pnting Tuhan thu ap yg kite wt,k dn jdkan isu2 -ve ni sbg cbrn untuk kite brjye,k..

    11. Betty kata:

      pilih kasih memang best,saya minat sangat reza hasbi,bea rameshan dan iqbal mazlan.Rosyam Nor Memang best!! All The Best For You. I like This Programme.

    12. ash kata:

      Pilih kasih is the worst show ever. period. Over the top acting, corny and cheesy segments, lame participants, lamer hosts, gosh, no wonder our film industry is shit. Kids, go back to school, read books and improve your English.

    13. fazil jalal kata:

      saya sangat meminati lakonan zara suriana tp malang nya dia di singkir kan.. zara sgt berbakat tp kenapa dia d singkir kan dr pilih kasih??? bukan sahaja pandai berlakon malah zara suriana pandai menyanyi… tidak kah menjadi satu kerugian bagi pihak pilih kasih membuang zara suriana??? kepada zara jangan berputus asa kami akan sentiasa menyokong zara. zara suriana u are the best~~~

    14. ire kata:

      ada dua peserta pernah bersekedudukan baru2 ni??apa kes??sorunk dr timur..sorang dr luar semenanjung..klau disebut nama mmg tkejut la..sbb dua2 tgh top skrg..mana pegi pihak2 berkenaan?!!yang sepatutnya kena jaga hal2 mcm ni?!!

    15. gee kata:

      knp gambar ni cam x mesra alam je… dlm filem & drama orgnya romantik gilerrrr………………..

    16. ex smkp kata:

      zara suriana???tolong laaa……..pompuan paling gedik perna aku kenal…..c pajil jak suka dia….ngam laa dia kuar…

    17. ramlee kata:

      alah…memang zara suriana memang berbakat dan berpotensi..tapi …dari segi orang nya memang teruk . kasar , kurang ajar , suka memaki , mencaci …ini kah ciri2 artis yang kita hendaki ? sorry …everyone akan menyatakan tidak disini…lum jadi artis sudah naik belang…apa lagi kalau jadi mcam abng rosyam nor? sorry agak kasar tapi ini kenyataan dan supaya jangan contoh artis begini….

    18. ramlee kata:

      sama abang dia tu sama juga tu ….adik beradik kuat pemaki .

    19. ramlee kata:

      ex smkp …betol cakap kamu…..aduh….nasib ada mata yang masih boleh menilai

    20. sara kata:

      Dah berumur tp masih nmpk hnsem mcm pak nil….apa2 pun good luck….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK