in , ,

Rosyam Nor Dikecam Beri Pendapat Rumah Pelacuran Perlu Ada di Malaysia

Pelakon otai, Rosyam Nor menjadi perhatian selepas dirinya memberi pendapat bahawa rumah pelacuran adalah keperluan untuk ‘melepaskan nafsu’ para pekerja asing di Malaysia.

Menerusi satu podcast bertajuk Hitam Putih Kehidupan di Tiktok, Rosyam Nor meluahkan perkara ini dan berkata terdapat lebih kurang 3 juta pendatang asing datang bekerja di negara kita dan rata-ratanya kaum lelaki.

Bini semua tinggal ni, namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana? dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol.

Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi ‘bayar’ (melanggan pelacur) di sana. Tapi ini pendapat peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul.

– Rosyam Nor

Kalau korang tengok ruangan komen, ada yang bersetuju dengan pendapat pelakon itu dan ada juga yang tidak.  

Bukan tu jer, ada juga segelintir netizen yang menganggap pendapat Rosyam sebagai jauh menyimpang selain mempersoalkan tentang di mana pusat pelacuran sepatutnya dibuka di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemas Kini Baharu Apple Fitness+ Termasuk Ciri-ciri Untuk Pemain Golf

Peguam DS Najib Mohon Dokumentari Man on The Run Ditarik Daripada Netflix