in , ,

Astro Originals Lancar Drama Siri Terbaharu JACK YUSOF Lakonan Rosyam Nor

Datuk Rosyam Nor kembali bintangi drama bersiri, kini teraju watak komedi

Astro Originals yang sinonim dengan kualiti premium untuk drama bersiri telah mencetuskan fenomena tersendiri dengan membawakan pelbagai cerita dan genre seperti High Council, One Cent Thief, LIAR serta KUDETA. 

Bakal menyusul di bawah jenama yang sama ialah JACK YUSOF, sebuah naskhah yang sarat dengan gelagat lucu dan mencuit hati, dari pengarah drama kegemaran keluarga Malaysia – ‘I-Tanggang’, ‘Keluarga Iskandar’ dan ‘Kampung People’, iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin

Astro Originals Lancar Drama Siri Terbaharu JACK YUSOF Lakonan Rosyam Nor

Jack Yusof menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama menerusi drama bersiri selepas lebih 10 tahun. Datuk Rosyam membawakan watak komedi sebagai Jack Yusof iaitu seorang aktor senior yang popular, namun masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan suntikan botox. 

Walaupun hidup dalam kemewahan dan digilai ramai, tetapi Jack banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuklah meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika masih bayi. Selepas beberapa tahun, Aida tiba-tiba muncul menghubungi Jack dengan satu tujuan.    

Astro Originals Lancar Drama Siri Terbaharu JACK YUSOF Lakonan Rosyam Nor

Selain Rosyam, siri ini dibintangi Sharifah Husna, Raja Ema, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Fadlan Hazim, Adriana Adnan, Loganathan Kanabathy, Syed Muhammad Baqir, Uncle Samsuri dan tidak ketinggalan penampilan istimewa oleh Che Puan Sarimah Ibrahim, Raja Azura, Zain Hamid, Angeline Tan, Zarina Anjoulie, Steve Yap, Taufik Hanafi, Dian Fernandez, Maca (Marsya), Haidar Hasanuddin dan Amy Nur Tinie

Drama 8 episod ini akan mula menemui penonton di platform On Demand dan Astro GO bermula 17 Jun, setiap Sabtu bermula jam 12 tengah malam dan di Astro RIA saluran 104 bermula 26 Jun, setiap Isnin, jam 9.00 malam. 

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Kali pertama kami bekerjasama dengan produksi KL Motion Pictures Company adalah menerusi drama premium I-Tanggang, dan lanjutan daripada kolaborasi baik tersebut, hubungan strategik diteruskan menerusi projek terbaru, Jack Yusof. Jack Yusof mempersembahkan genre dan mood berbeza jika dibandingkan dengan deretan drama di bawah jenama Astro Originals sebelum ini. Memahami kehendak penonton, kami cuba membawakan variasi konten dan percaya Jack Yusof mampu memikat hati menerusi jalan ceritanya yang amat dekat dengan masyarakat Malaysia dengan meneroka dinamik hubungan famili, kematangan peribadi dan kemaafan. Genre komedi dan kekeluargaan sememangnya forte pengarah Wan Hasliza, jadi harapan kami Jack Yusof mampu mencipta fenomena dan menjadi drama pilihan keluarga.”

Astro Originals Lancar Drama Siri Terbaharu JACK YUSOF Lakonan Rosyam Nor

Menurut Pengarah, Penulis Skrip dan Idea Asal Jack Yusof, Wan Hasliza Wan Zainuddin berkata, “Idea tercetus menghasilkan Jack Yusof adalah selepas melihat situasi sahabat saya sendiri. Saya yakin isu wali dan elemen hubungan ibu bapa yang terlerai jarang didedahkan. Saya cuba menyampaikan isu tersebut sebagai subjek utama dalam Jack Yusof. Meskipun masih menerapkan elemen kekeluargaan seperti naskhah terdahulu,  namun saya tampilkan kelainan dari sudut produksi, kerana untuk menggambarkan Jack Yusof adalah seorang bintang filem yang besar, maka kami harus memaparkan  beliau ramai peminat serta bekerja dalam set penggambaran, jadi penonton dapat lihat di sebalik tabir penggambaran. Kami harap penonton akan terhibur dengan Jack Yusof.”

Astro Originals sebelum ini menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre dan nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar yang diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang berlaku di kalangan masyarakat seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ (francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’ (memperkenalkan genre coming-of-age), ‘I-Tanggang’  (isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’ (kisah female con artist), ‘Kuasa’ (fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan), ‘Histeria The Series’ (kesinambungan filem box office 2008, Histeria), Murder By Moon Light (genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”), One Cent Thief (naskhah ‘heist’ Malaysia menerusi rompakan 1 sen), High Council (pembongkaran kegiatan gengsterisme sekolah yang pernah menggemparkan negara) dan LIAR (drama adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di Bafta Awards).

Astro Originals Lancar Drama Siri Terbaharu JACK YUSOF Lakonan Rosyam Nor

Saksikan drama siri premium, Jack Yusof bermula 17 Jun, setiap Sabtu bermula jam 12 tengah malam dan di Astro RIA saluran 104 bermula 26 Jun, setiap Isnin, jam 9.00 malam.  Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Watie Berbusana Songket Undang Komen ‘Double Meaning’ Netizen

MK K-Clique Sah Bergelar Suami Kepada Siti Hajaar dengan Sekali Lafaz