in , ,

ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan Cawangan Semenyih 6 Hari 6 Malam

Tahniah buat ST Rosyam Mart di atas pembukaan gedung membeli belah cawangan di Semenyih.

Memasuki tahun keenam beroperasi, rangkaian pasar raya terkemuka ST Rosyam Mart terus mengukuhkan perniagaan mereka dengan membuka cawangan keenamnya di Semenyih, Selangor.

Sempena majlis perasmiannya hari ini, telah menjadi simbolik untuk setiap kali pembukaan cawangan terbaharu, ST Rosyam Mart menawarkan diskaun hebat.

ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan Cawangan Semenyih 6 Hari 6 Malam

Bermula 26 Mac (hari ini), 9.30 malam akan berlangsungnya pesta pembukaan selama enam hari enam malam sehingga 31 Mac depan.

Justeru, untuk menikmati ganjaran dan promosi ditawarkan, para pelanggan terlebih dahulu harus mendaftar bagi mendapatkan ST Card, kemudian barulah layak menebus diskaun yang ada.

Lazimnya setiap kali cawangan baharu dibuka, harga serendah 8 sen ditawarkan kepada semua pelanggan sepanjang tempoh pesta pembukaan diadakan.

ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan Cawangan Semenyih 6 Hari 6 Malam

Lebih menarik, jenama pasar raya tersebut sentiasa mengadakan kempen promosi pada setiap bulan di kesemua enam cawangan yang beroperasi 24 jam sehari.

Menyentuh tentang premis terkini ST Rosyam Mart Semenyih, ia meliputi kawasan seluas 37,000 kaki persegi yang dilengkapi tempat parkir untuk kemudahan para pelanggan.

ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan Cawangan Semenyih 6 Hari 6 Malam

Bukan itu sahaja, ST Rosyam Mart turut memberi peluang kepada para selebriti tempatan untuk berniaga dengan menyediakan sudut khas buat mereka menjual produk masing-masing.

Antara selebriti tempatan yang mengambil bahagian di Celebrity Corner ialah Wak Doyok, Tyzo Xander, Prince Syed, Shah THR, Suki Low, Ako Mustafa, Angah Raja Lawak, Munif Hijjaz, Azza Elite, Asmidar dan pengarah Rashid Sibir.

ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan Cawangan Semenyih 6 Hari 6 Malam

Bertemakan slogan ‘Berbelanja di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat’, rangkaian pasar raya moden itu juga memperkenalkan konsep produk mudah cari merangkumi barangan basah dan kering di bawah satu bumbung.

Bahkan, berbekalkan tenaga seramai hampir 300 kakitangan, ST Rosyam Mart bersiap sedia memberikan 19 perkhidmatan percuma kepada para pelanggan setia pasar raya berkenaan.

ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan Cawangan Semenyih 6 Hari 6 Malam
ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan Cawangan Semenyih 6 Hari 6 Malam
ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan Cawangan Semenyih 6 Hari 6 Malam
ST Rosyam Mart Anjur Pesta Pembukaan Cawangan Semenyih 6 Hari 6 Malam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JOE FLIZZOW SWAG

Joe Flizzow Kembali Dengan BERLIAN Bersama Gard, Siap Semua Dalam Sehari

HONOR Pad 9 Tablet Terbaik Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac