in ,

Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Beri Alasan Cerai

Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Beri Alasan Cerai

Pelakon Rita Rudaini, mahu suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak memberi alasan kukuh sebab-sebab ingin berpisah sebelum diceraikan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini, Isnin.

Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, dia tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil, 25, memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah empat bulan lalu.

“Selagi saya tidak dapat alasan kukuh mengapa dia ingin bercerai dengan saya, maka saya tidak akan bersetuju dengan permohonan cerainya itu.

Rita Rudaini

Rita Rudaini mahu alasan kukuh sebab Aidil Zafuan minta cerai daripadanya. Foto BRIAN MOH

“Malah, ketika prosiding berlangsung, dia seperti teragak-agak apabila menjelaskan sebab-sebabnya dan hanya berkata kami sudah tidak serasi. Adakah itu satu alasan kerana sebelum dia keluar rumah, kami tidak bergaduh langsung,” katanya yang ditemui selepas perbicaraan tamat.

Rita yang memakai jubah hitam dan tudung warna biru itu hadir bersama peguamnya serta ibu, ayah dan saudaranya manakala Aidil yang bersut hitam turut hadir bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari dan ibu bapanya.

Bagaimanapun tambah Rita, dia masih lagi ingin menyelamatkan rumah tangganya memandangkan dia dan Aidil telah melalui pelbagai dugaan bersama sejak berkahwin pada 25 Februari 2008 dan masih lagi menyayangi perkahwinannya itu.

“Saya masih lagi sayangkan perkahwinan ini kerana kami telah melalui pelbagai dugaan bersama. Tetapi seandainya kami tiada jodoh, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rita turut berkata, Aidil seorang yang tidak berpendirian tetap kerana hal rumah tangganya sering dicampuri pihak keluarga Aidil.

“Saya pelik dengan kelakuannya kerana sebelum ini ketika kami berpisah sekejap dan kembali berdamai, dia telah berjanji akan menjaga rumah tangga kami tanpa sebarang campur tangan daripada pihak lain.

Rita Rudaini

“Dan tak sangka selepas dia keluar rumah pada awal Januari lalu tanpa pertelingkahan, dia tidak lagi pulang ke rumah. Bagi saya, dia sebagai suami perlu pikul tanggungjawab dan buat keputusan sendiri tanpa pengaruh orang lain,” katanya.

Sementara itu, Aidil yang terus beredar selepas perbicaraan membuat kenyataan ringkas dengan berkata: “Kita tunggu saja nanti, jika ada jodoh, adalah.”

Mahkamah menetapkan sebutan kes permohonan cerai itu pada 16 Mei ini dengan melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak. Pasangan yang bernikah secara rahsia itu, telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Dalam pada itu, hubungan mereka mendapat tentangan daripada keluarga pihak lelaki sejak awal lagi. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showdown 2012 Memperkenalkan Top 12 Krew

Pelakon Wanita Terkenal di Slot Citra TV2