in

Showdown 2012 Memperkenalkan Top 12 Krew

SHOWDOWN MEMPERKENALKAN TOP 12 KREW

Tarikh siaran: 4 April 2012
Hari: Rabu
Masa: 9.30 malam
Bahasa: Inggeris & Bahasa Melayu

Demam Showdown kini kembali. Sekali lagi kerancakkan melodi dan gerak tari unik dapat anda saksikan secara langsung terus ke kaca televisyen anda!

Pemenang Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010, Program Realiti TV Terbaik pada malam Anugerah Sri Angkasa 2010 dan Program Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2011 kembali untuk musim ke-3. Meraih pelbagai anugerah berprestij menjadikan antara program realiti terhebat dalam sejarah televisyen Malaysia.

Showdown 2012

12 krew akan mula beradu nasib membuat persembahan secara LIVE dan di sinilah bermulanya proses penyingkiran mingguan sehingga ke peringkat akhir “The Final Showdown” di mana mereka akan mempersembahkan gerak tari unik untuk menarik perhatian juri dan penonton untuk dijulang sebagai juara ! Tahun ini juara bukan sahaja bakal membawa pulang wang tunai RM50, 000 malah berpeluang menimba pengalaman di luar negara dengan menyertai bengkel di “The Urban Dance Camp” di Lörrach, Germany.

Selain mengadakan ujibakat secara ‘online’, Showdown 2012 juga telah menjelajah ke beberapa lokasi di Malaysia untuk mencari krew paling berbakat. Krew-krew yang terpilih akan ke sesi ‘The Meltdown’ yang merupakan pusingan penentuan untuk memilih krew Top 12 yang layak beraksi secara LIVE di pentas Showdown 2012.

“Showdown 2012 merupakan platform terbaik untuk mempamerkan bakat tarian anda. Kita telah menyaksikan bakat-bakat di luar sana mempersembahkan gerak tari unik yang mempersonakan. Saya cukup berbangga dengan bakat-bakat di Malaysia yang ternyata setanding dengan penari professional di luar sana,” kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Tambah Airin “Showdown 2012 berjaya membuka mata ramai pihak dan menangkis persepsi negatif tentang ‘street dance’ dan ‘Bboy’. Rancangan ini telah berjaya membuka ruang kepada penari-penari ini mengembangkan bakat seni tarian mereka dan kini akan membawa juara musim ke-3 ke peringkat antarabangsa!”

Setelah menempuh pelbagai cabaran, 12 krew telah berjaya melayakkan diri ke pentas Showdown 2012.

Peserta Top 12 krew ialah Dem Lepak Boyz, D’vol Blacky Wacky, E.G.S Monster, Inversion, Kitta Move, Project Elementz, Soulgang, Soul Krazy, Syko Breakerz Crew, The Hype, Walawei dan We Taking Over.

Top 12 krew ini akan berentap secara LIVE di pentas setiap minggu dan empat krew yang mendapat undian terendah akan bertemu dalam sesi ‘Battle’ dan berkemungkinan akan tersingkir.

Showdown 2012 akan bersiaran secara langsung dari lokasi rasmi KL Live di mana Top 12 akan beraksi mempamerkan gerak tari kreatif yang bakal memukau mata juri dan khalayak. Untuk mengundi krew kegemaran anda taip SD KOD KREW atau SD 5 KOD KREW dan hantar ke 33399.

Tahun ini juga Showdown 2012 telah memperluaskan pengaruh dalam medium alternatif iaitu dunia ‘online’. Bermula dengan ujibakat secara ‘online’ yang diperkenalkan pada musim ke-3 ini, turut mengadakan pencarian pengacara untuk mengendalikan kandungan-kandungan ‘online’ yang memuatkan info-info terkini, gossip, klip-klip eksklusif belakang tabir pembikinan dan banyak lagi!

Undian telah dibuka untuk peminat mengundi pengacara ‘online’ yang mereka mahukan dari 4 April – 20 April 2012. Lebih 58, 000 undian telah diterima menerusi pertandingan ini menunjukkan medium online semakin berkembang di Malaysia dan mereka sebulat suara telah memilih Dennis Yin sebagai juara dengan undian sebanyak 48%! Dennis merupakan anggota kumpulan Elecoldxhot yang merupakan juara Showdown 2011. Layari laman sesawang www.8tv.com.my/showdown untuk bersama-sama Dennis mengikuti perjalanan Showdown 2012.

Showdown 2012 mengalu-alukan kehadiran hos dan penyampai radio Fly.Fm, Hafiz Hatim. Program ini pasti kurang menyengat tanpa kehadiran Joe Flizzow penyanyi rap terkenal dan Maple Loo (koreografer / penari) selaku juri tetap .

Showdown 2012 akan menemui anda setiap Rabu jam 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV! Anda juga boleh menyaksikan siaran ulangan setiap Selasa jam 11.45 malam. Untuk menyaksikan kisah-kisah sebalik tabir dan mengenali krew TOP 12, Showdown 2012 mendapatkan gosip-gosip dan info-info terkini, jangan lupa menonton Diaries…From the Streets yang akan disiarkan setiap hari Selasa, jam 11.30 malam bermula 8 Mei 2012.

Saksikan kehebatan gerak tari energetik dan kreatif dari peserta Showdown 2012 eksklusif di 8TV atau menerusi Astro di saluran 708. Anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikannya program realiti terhebat yang telah mula bersiaran sejak 4 April 2012.

Anda juga berpeluang bertemu dengan krew Showdown 2012 Top 12 kegemaran anda pada 27 April 2012 dari jam 3.00 hingga 10.00 malam di Orange entrance di Sunway Pyramid untuk acara ‘GRAFF’N THE BUS’. Buat julung-julung kalinya Showdown 2012 akan memanggil pelukis grafiti professional untuk menghasilkan karya kreatif mereka pada dua buah bas khas sebagai salah satu siri jelajah sekaligus mempromosikan program realiti ini. Siri jelajah juga akan diteruskan di Sungei Wang pada 4 Mei 2012 jam 7.30 hingga 8.30 malam dan di Sutera Mall, Johor Bahru pada 5 Mei 2012 jam 6.30 – 7.30 malam.

Showdown 2012 dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen yang sekali lagi tampil sebagai rakan penaja. Program ini turut disokong oleh A’ Cut Above yang menaja tatarias dan dandanan rambut peserta-peserta. Manakala stesen radio Fly FM selaku radio rasmi, KL Live untuk lokasi rasmi dan Portal Rasmi, TonTon.

Siapa bakal bergelar juara dan membawa pulang wang tunai RM50, 000? Saksikan rancangan realiti pencarian krew tarian terbaik setiap Rabu jam 9.30 malam eksklusif di 8TV.

8TV turut disiarkan di Astro saluran 708. Kini anda juga boleh menyaksikan program-program kegemaran anda menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Showdown 2012

Showdown 2012

Showdown 2012

Showdown 2012

Showdown 2012

Showdown 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Layanan VIP Pemenang Pertandingan LUX Gemilang Bersama Bintang

Rita Rudaini Minta Aidil Zafuan Beri Alasan Cerai