in , ,

“Di Sana Block Takut Daddynya Nampak Anak-Anak,” – Rita Rudaini

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini ada memuat naik video di TikTok menghantar anak sulungnya pulang ke sekolah berasmara selepas sebulan bercuti.

Menerusi perkongsian itu, Rita meluahkan rasa selepas ini dia dan anak bongsunya akan sunyi apatah lagi  tinggal hanya mereka berdua sahaja.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat video tersebut serta memuji semangat aktres itu yang tabah membesarkan anak-anaknya sendirian.

“Di Sana Block Takut Daddynya Nampak Anak-Anak,&Quot; - Rita Rudaini

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah komen seorang netizen yang mempersoalkan apa perasaan bapa kepada anak-anaknya itu menonton video tersebut.

Komen netizen itu dibalas oleh Rita dengan menyatakan bahawa pihak sebelah sana mungkin telah menyekat kerana bimbang jika bapa kepada anaknya itu melihat perkembangan anak-anaknya.

“Di Sana Block Takut Daddynya Nampak Anak-Anak,&Quot; - Rita Rudaini

“Tak boleh nampak sebab di sana block takut daddynya nampak fyp anak-anak. Takut nau… sampai mati di kejar bayang-bayang,”

– rita rudaini

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2018, namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Honor

HONOR X9a 5G Bakal Dijual Mulai 6 Januari Dengan Harga RM1,499!

Tim Cook Apple | 16

Set Kepala AR Apple Dilaporkan Meletakkan Bateri Pada Pinggang