in

Rita Rudaini Gadis Buta dalam Jangan Bunuh Matahariku

RITA RUDAINI JADI GADIS BUTA DALAM JANGAN BUNUH MATAHARIKU DI TV2

Dramatis cantik Rita Rudaini sememangnya sinonim dengan watak gadis kampung mahu pun wanita bandar yang bekerjaya. Namun menerusi drama terbaru yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Jangan Bunuh Matahariku, pelakon terkenal ini membawakan kelainan dalam wataknya dengan menghidupkan watak gadis buta pula.

Menerusi drama rantaian 13 episod yang telah pun mula bersiaran setiap Khamis, jam 9.30 malam di TV2, Rita bergandingan dengan Fizz Fairuz, Adzriefaiz Adzlan, Geofrey Willams, Wan Ilyas dan Almy Nadia menjayakan watak Suri menerusi dua latar kehidupan berbeza yang terpaksa dilaluinya selain dua perwatakan berlainan dalam drama yang sama.

Rita Rudaini

Penceritaannya bermula dengan mengajak penonton kembali ke tahun 1980 di Cameron Highland, ramai penduduk kampung ketika itu berkerja dengan seorang pemilik ladang Inggeris bernama Michael Days. Suri, seorang gadis buta yang cantik juga berkerja di ladang Michael Days.

Kemunculan pemuda bernama Rahas di kampung itu telah membuka hati Suri, tetapi dalam masa yang sama ia juga telah menimbulkan rasa cemburu pada Owen Days, anak sulung Michael Days. Keikhlasan lelaki misteri itu, membuatkan Suri percaya yang cinta itu wujud.

Keadaan menjadi kucar kacir apabila Rahas diancam oleh Amar, seorang pemuda yang berdendam dengan Michael Days dan memegang rahsia sejarah Rahas. Akhirnya Rahas terpaksa meninggalkan kampung apabila dia mula dikecam oleh orang kampung akibat perbuatan Amar.

Suri kecewa dan tertanya-tanya tentang kehilangan Rahas. Akhirnya, untuk membetulkan keadaan, bapa Suri bersetuju menerima pinangan Owen Days. Suri dan Owen Days disatukan.

Rita Rudaini

Setelah 29 tahun kemudian, Suri dan Owen sudah mula menetap di bandar bersama anak angkat mereka, Raizam. Walaupun sudah berkeluarga, perwatakan Suri berubah semenjak kehilangan Rahas. Dia tidak lagi seorang gaids ceria seperti dulu, malahan dia kelihatan seperti seorang yang angkuh, dan suka menyendiri.

Owen Days semakin uzur, akibat perbuatan Amar yang dipercayainya. Segala urusan pejabat Owen diambil alih oleh Raizam.

Takdir menentukan pertemuan Raizam dengan Cinta telah mengubah segalanya. Raizam mula menaruh hati pada Cinta dan hal ini membuatkan Amar resah, lebih-lebih lagi bila Amar mendapat tahu yang Cinta adalah anak kepada Rahas yang lari dari kampung dahulu.

Pada masa sama Amar risau sekiranya rancangannya selama 29 tahun hancur dengan kemunculan Cinta, dan dia tidak mahu Raizam terlibat dengan Cinta dan Rahas, kerana Raizam sebenarnya adalah anaknya.

Perhubungan Raizam dan Cinta telah menyatukan kembali hubungan Owen, Suri dan Rahas. Segala misteri 29 tahun dahulu terbongkar. Dan bagaimanakah kesudahan drama menarik ini? Untuk itu usah ketinggalan mengikuti drama Jangan Bunuh Matahariku pada setiap Khamis, jam 9.30 malam di TV2.

Rita Rudaini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jue Aziz Jadi Pengacara Anggun Aromaterapi

Maxis Launch The Maxis 1Store