in ,

Jue Aziz Jadi Pengacara Anggun Aromaterapi

JUE AZIZ KENDALIKAN PROGRAM ANGGUN AROMATERAPI DI TV2

Hujung minggu kebiasaanya masa untuk merehatkan minda dan fizikal setelah seminggu menggunakan tenaga yang ada untuk bekerja. Justeru kepada anda yang tertanya-tanya bagaimanakah cara terbaik untuk ’memanjakan diri’ menerusi khidmat pusat-pusat rawatan spa yang menawarkan khidmat mereka dan dimanakah perkhidmatan mereka beroperasi di seluruh negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program berbentuk majalah bertajuk Anggun Aromaterapi.

Jue Aziz

Mengetengahkan pelakon drama terkenal Jue Aziz sebagai pengacara, program majalah 13 episod mengisi slot Healthy Living On 2 setiap Sabtu, jam 6.30 pagi di TV2.
Anggun Aromaterapi sebuah rancangan yang bertumpu kepada perawatan cara moden di pusat-pusat spa dimana setiap minggu penonton akan diperlihatkan bagaimana cara-cara menjaga kesihatan menerusi teknik urutan dan rawatan tertentu di lokasi spa yang terpilih.

Terdapat empat segmen utama di dalam program ini iaitu segmen Spa Pilihan yang menampilkan 13 lokasi berlainan setiap minggu. Manakala segmen Manja Diri merupakan segmen rawatan istimewa dan khusus oleh spa pilihan.

Segmen ketiga iaitu Lakukan Sendiri yang menampilkan Perunding Kecantikan Sofya Ibrahim pula adalah segmen yang memberikan panduan kepada penonton bagi melakukan sendiri rawatan ala spa di rumah masing-masing. Manakala segmen keempat iaitu Tips-Tips Kesihatan menampilkan nasihat dan saranan daripada Pakar Kecantikan dan Kesihatan iaitu Datin Dr Clara L Chee dan Perunding Kesihatan Puan Diana Capel – mengenai isu-isu kesihatan luaran dan dalaman wanita.

Setiap episod akan membawa penonton ke lokasi berbeza dengan menampilkan artis antaranya Spa Jati yang terletak di Kuala Lumpur mengetengahkan rawatan Malay Herbal Compressed dengan artis undangan Hanez Suraya, Spa Tatami yang terletak di Colmar Tropicale, Berjaya Hills Resort di Bukit Tinggi Pahang bersama artis undangan Norman Hakim, Spa Andana yang terletak di Hotel Holiday Inn Glennmarie Shah Alam bersama artis undangan minggu ini Felina Chia, Spa Pink Rose Beauty Saloon yang terletak di Bandar Sunway Subang Jaya bersama artis undangan Yasmine, Spa Biossentials yang terletak di Hotel Puri, Bandar Melaka bersama artis undangan Jolin, bersama artis undangan Sangeetha, lokasi kali ini memilih Spa Sompoton di Kuala Lumpur dimana istimewanya segmen kali ini penonton akan dibawa meneroka teknik urutan Bali.

Kemudiannya diteruskan dengan memilih lokasi Spa Chi yang terletak di Batu Feringgi Pulau Pinang bersama artis undangan Sasha, Spa Aura yang terletak di Seri Kembangan Selangor mengetengahkan rawatan yang dijalankan adalah pakej rawatan bertangas serta urutan untuk wanita yang baru bersalin bersama artis undangan Zila Bakarin.

Turut dipilih Spa yang terkenal di Bangsar Village iaitu Spa Hammam dengan artis undangan iaitu Qalif, Spa Suasana yang terletak di Hotel Impiana Kuala Lumpur menjadi tumpuan minggu ini bersama artis undangan Ratna.

Episod seterusnya agak istimewa kerana penonton dibawa mengunjungi pusat spa khas untuk lelaki iaitu Spa Senjakala yang terletak di Jalan Pudu. Sport Massage dilakukan ke atas artis undangan Rizz Amin.

Begitu juga menariknya lokasi dipilih iaitu Spa Jentayu milik Dato Sheila Majid yang terletak di Bukit Damansara Kuala Lumpur. Bersama artis undangan Zima, penonton akan diperkenalkan dengan Pakej Spabolous. Episod terakhir program ini bertumpu di Pedas Springs yang terletak di Genting Highland dimana rawatan Dream of Nirvana diberikan bersama artis undangan Linda Hashim.

Justeru kepada anda yang berminat untuk mendapatkan khidmat spa untuk memanjakan diri setelah seharian bekerja, tontonilah program Anggun Aromaterapi pada setiap Sabtu, jam 6.30 pagi di TV2 untuk memilih spa yang sesuai dan menepati citarasa anda.

Jue Aziz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aznil Hj Nawawi & Rafidah di Sidang Media Clever!

Rita Rudaini Gadis Buta dalam Jangan Bunuh Matahariku