Quotes of The Day: Tak Baik Tuduh Saya – Rita
Baru-baru ini di satu laman web (bukan budiey.com ya), ada mengatakan suaminya, Aidil Zafuan menghalang Rita berlakon drama berjudul Suraya kerana aktor Remy Ishak juga berlakon sama. Dikatakan juga pemain bola sepak kebangsaan tidak senang duduk setelah isterinya itu menerima banyak tawaran berlakon. Tempat Rita digantikan dengan Zizie Ezette.
Tapi menurut Rita, dia terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu menjaga anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang baru berusia lima bulan. Rita juga menafikan yang dia akan mengurangkan lakonannya setelah mempunyai anak.
“Siapa jahat mulut ni… siapa cakap macam tu? Tak baik tuduh macam tu. Saya tahu suami saya dan tahu kenapa saya tolak berlakon Suraya. Kenapa nak buat cerita yang bukan-bukan dan tidak masuk akal? Berdosa tau… lagipun saya tiada babak dalam bilik air.”
“Saya tolak untuk berlakon drama Suraya kerana masa tu saya baru dapat pembantu rumah. Jadi, saya tak berani nak tinggalkan anak saya dengannya sebab tak tahu dia boleh buat kerja dan menjaga anak saya atau tidak. Apabila saya fikir-fikir semula, lebih baik saya tolak. Saya berasa takut juga jika berlaku perkara yang tidak elok kepada anak saya.” [sumber]
Tags: Quotes of The Day
Tags: Rita RidainiClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 16th, 2009 at 1:12 pm
Sabar je lah Rita…bak kata pepatah…mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia…pikirla sendiri! Nanti kalau dah settle semua urusan rumahtangga, bolehla fokus balik ke dunia lakonan. Rindu bangat seh sama lakonan Rita….
December 17th, 2009 at 1:06 am
Berani kerana benar takut kerana salah..
Steady lah Rita….! feewiiiiitt !
December 19th, 2009 at 3:56 pm
haah..korang jgn ler wat tuduhn camtu..xbaikkk..
January 5th, 2010 at 11:50 pm
heyhh…, ape ah dorang nie.. suke sgt buat cite arh.. !!
betul ah ape yg rita cakap 2.. mesty ah due nak jage anak dye en.. ??
yew ah.., kecik g.. if ade pape jadi en susah.. ??
April 8th, 2010 at 9:36 pm
xbek tw ckap cm