in

Gambar Wan Sharmila di Pelancaran Single Terbaru Naizle

Kini Wan Sharmila kembali solo setelah bercerai dengan bekas suami, penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom sebulan yang lalu. Mereka bercerai talak satu secara damai. Solo-solo pun, Wan tetap laku. Kat TV sekarang, drama Tari Tirana sedang ditayangkan. Dapat respon yang baik dari penonton.

Budiey ada terdengar gosip mengatakan perceraian berpunca dari orang ke-3. Siapakah orang ke-3 yang dimaksudkan tu, tak dapat dipastikan. Wan pun tak nak komen apa-apa pasal gosip liar tu.

Wan Sharmila ditemui masa Budiey hadir di Pelancaran Single Terbaru Naizle di Restoran Intai-Intai baru-baru ini. Hadir dengan pakaian yang simple, berkaca mata dan mengenakan solekan yang nipis, Wan tetap ceria melayan peminat untuk bergambar.

Bagi penggerak utama drama Tari Tirana ini, bercerai bukan bermaksud kita gagal. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Wan tak serik untuk berkawan dengan lelaki. Pengganti pun masih belum ada. jadi, sekarang, Wan betul-betul nak tumpukan kepada dunia lakonan.

Oleh kerana drama Tari Tirana masih berbaki 6 episod lagi, Wan Sharmila begitu fokus dengan drama ini walaupun ada tawaran lain yang datang. Katanya, habis shooting drama ini, barulah Wan dapat ambik offer untuk berlakon dalam drama yang lain pula.

Wan dulunya pernah menjadi penari di Yayasan Warisan Johor, jadi tak hairanlah Wan dapat menari dengan baik. Kalau nak tahu, Wan juga menjadi penari latar untuk persembahan Noraniza Idris, menerusi lagu Hala Timur di AJL.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Betul tu…bercerai bknlah gagal 100% dlm kehidupan. Ambillah hikmah atas apa yg berlaku. For Sharmila…teruskan usaha. Saya suka cara awak menghayati watak. Dari Kisah Kaisara hinggalah Tari Tirana. Chaiyok2. Semoga awak menemui cinta sejati lps ni….amin.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Quotes of The Day: Tak Baik Tuduh Saya – Rita

Penyanyi Muda Teruja Menanti Anugerah Juara Lagu 24