in ,

Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti Ke Showcase Nurul

Sempena dengan Showcase Nurul pada 16 Disember ini, Nurul khabarnya akan mengumumkan satu berita baik kepada peminatnya.

Dengan itu, Budiey ingin menjemput 50 orang pembaca untuk menyaksikan persembahan Nurul dan menjadi orang yang pertama mendengar pengumuman terbaru dari Nurul selain dapat sama-sama memeriahkan majlis bersejarah ini.

951982430 A2Cbf30F26 O | 4
Nurul

Khabarnya, selain satu majlis sidang media diadakan, pembaca yang hadir akan dihiburkan dengan persembahan eksklusif daripada Nurul. Nak tahu lagu apa yang akan dipersembahkan, korang kenalah datang pada:

Tarikh : 16 Disember 2009, Hari Rabu

Tempat : Public TTDI Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 KL.

Masa : 6.30 petang 

Budiey dengan ini ingin menjemput 50 orang pembaca ke Showcase Nurul dengan hanya menjadi penghantar email terawal.

Semua pembaca yang hadir akan diberikan voucher misteri PERCUMA!

Tiada soalan dan tiada slogan! Sila emailkan kepada:

Tajuk Email: Saya Mahu Ke Showcase Nurul

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Sila emailkan kepada:

301679647 9798145995 O | 5

Jumpa anda di sana!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Lancar SURIA FM RANCAK TOUR

Quotes of The Day: Tak Baik Tuduh Saya – Rita