in

Pertandingan Karaoke Red Box Alibi Music di AEON Tebrau City

RED BOX DAN ALIBI MUSIC ANJUR PERTANDINGAN KARAOKE DI AEON TEBRAU CITY, JOHOR BAHRU

Red Box bersama Alibi Music sebagai syarikat rakaman rasmi dengan kerjasama stesen radio, Suria.fm sebagai radio rasmi bakal mengadakan pertandingan karaoke pada hari Sabtu, 6hb November 2010 di salah sebuah cawangannya di AEON Tebrau City, Johor Bahru.

Pertandingan adalah terbuka dengan sesi pendaftaran bermula seawal jam 11 pagi di Red Box Jusco Tebrau. Bagi yang ingin mencuba nasib, syarat penyertaannya cukup mudah. Peserta hanya perlu membeli salah satu album keluaran Alibi Music pada harga RM15 di kaunter pendaftaran pada tarikh yang ditetapkan.

Mereka yang memasuki pusingan awal ini hanya perlu menyanyikan salah sebuah lagu dari senarai yang telah ditetapkan seperti berikut:

1. Atilia Indah
2. Dayang Nurfaizah duet Marcell Sayang
3. DynDa AM PM
4. 6itxh Sense Tanpa / Tak Bisa Memilihmu
5. Imran Ajmain Jika Engkau Pergi /Selamat Ulang Tahun Sayang
6. Liyana Jasmay Aku Jatuh Cinta / Aku Tak Percaya Cinta
7. The Fabulous Cats Bawaku Terbang / Cinta Kosmik
8. Nitrus Resah
9. Andra & The Backbone Musnah, Sempurna, Main Hati
10 Dewa 19 Dewi, Laskar Cinta, Sedang Ingin Bercinta
11. Repvblik Hanya Ingin Kau Tahu
12. Radja Benci Bilang Cinta, Jujur

Hanya 10 peserta terbaik akan dipilih untuk ke peringkat akhir. Menariknya, kesemua sepuluh peserta yang layak ke peringkat akhir ini secara automatik terpilih untuk menikmati sesi beramah mesra & makan malam bersama artis pujaan mereka. Hadiah lumayan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

• Pertama: RM1,000 TUNAI + Baucer Tunai RM300 + Hamper Citra Ayu RM500
• Kedua: RM500 TUNAI + Baucer Tunai RM200 + Hamper Citra Ayu RM300
• Kedua: RM200 TUNAI + Baucer Tunai RM100 + Hamper Citra Ayu RM200
• Saguhati: Baucer Tunai RM100 + Hamper Barangan RM100

Peserta akhir bakal dibawa berentap di sebelah petang di ruang legar AEON Tebrau City, hari yang sama. Penilaian peringkat akhir itu nanti bakal diadili oleh juri professional dari Alibi Music iaitu Shamrin dan Lah Ahmad serta Pengarah Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan kumpulan Red Box Karaoke, En. Desmond Chin.

Yang pastinya, persembahan artis bakal mengiringi acara pertandingan akhir ini nanti dengan kemunculan penyanyi seperti Shamrin, Lah Ahmad, Nabil Zamanhuri dan kumpulan dari Singapura Sleeq & DynDa.

Mereka yang berminat boleh mengikuti perkembangan lanjut mengenai pertandingan ini di radio Suria.fm atau layari laman web di www.suriafm.com.my atau www.redbox.com.my.

Karaoke.Star.Search

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aku Tak Bodoh Bakal Popularkan Aeril Zafrel & Rohaizat Hassan

Takut Bini Sayang Suami Lakonan Zul Yahya & Putri Mardiana