in

Aku Tak Bodoh Bakal Popularkan Aeril Zafrel & Rohaizat Hassan

AKU TAK BODOH: ADAPTASI DARIPADA FILEM BOX OFFICE SINGAPURA, ‘I’M NOT STUPID’.

Bagaimanakah sesuatu filem itu dinilai tahap mutunya? Adakah ia bergantung kepada teknik penerbitan atau seni garapan si pengarah? Apa yang jelas ialah sesebuah filem yang cemerlang dapat menyampaikan mesej berkesan pada masyarakat malah mampu menimbulkan kesedaran bagi sesetengah individu ke arah yang lebih positif.

Aku Tak Bodoh

Setelah berjaya dengan versi Cina, filem berintipatikan mesej yang sangat berguna ini, “I’m Not Stupid” kini diterbitkan pula dalam versi Melayu , ‘Aku Tak Bodoh’ melalui kerjasama Primeworks Studios (Grand Brilliance), J Team, Asia Media Content (AMC), RAM Entertainment dan PMP Entertainment.

Keistimewaan kandungan filem ini adalah pembawaan mesej yang berkait rapat tentang perhubungan di antara ibu bapa dengan anak-anak. Berikutan kes gejala sosial yang semakin berleluasa di kalangan remaja, filem ini boleh diambil kira sebagai salah satu usaha memupuk kesedaran di kalangan masyarakat tempatan.

Memahami remaja zaman kini yang lebih gemarkan aktiviti berunsurkan hiburan, maka mempertaruhkan filem ini dirasakan tepat pada sasarannya.

Para ibu bapa dan anak-anak di Singapura telah memberikan respon yang sangat memberangsangkan apabila mereka mengakui filem ”I’m Not Stupid” adalah salah satu tontonan yang memberi manfaat kepada mereka.

Tatkala deraian hilai tawa bergema di dalam panggung melayani komedi bersahaja yang dihidangkan menerusi filem itu, tanpa disedari air mata juga mula berlinang apabila mesej yang ingin disampaikan meresap minda dan jiwa penonton terutamanya di kalangan ibu bapa.

Aku Tak Bodoh

Menurut Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios (Grand Briliiance), Encik Ahmad Puad Onah, ”Filem ini mempunyai mesej yang sangat mendalam untuk memperkukuhkan ikatan kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak-anak. Menyedari filem ini membawa kesan yang amat baik kepada masyarakat Singapura, kami membuat keputusan menghasilkan versi Melayu khas buat tatapan masyarakat Malaysia.

Sesuatu yang harus dipuji menerusi filem ini ialah garapannya tampak ringan dengan sentuhan komedi yang bersahaja tetapi impaknya seperti menonton sebuah filem yang penuh emosi, tambahan pula penyusunan plotnya sangat baik dan memudahkan penonton untuk memahami keseluruhan jalan ceritanya. Ini adalah sebuah filem untuk tontonan ibu bapa dan anak-anak!”

Pengarah filem ’Aku Tak Bodoh’, Borris Boo menggalas tanggungjawab untuk menghasilkan filem ’i’m Not Stupid’ arahan Jack Neo dalam versi Melayu. Walaupun berbangsa Cina, ia tidak menghalang keupayaan beliau untuk mengolah karya yang sedia ada supaya ia lebih dekat pada jiwa masyarakat Malaysia. Dengan berbekalkan pengalamannya selama 12 tahun berkecimpung dalam industri seni, Borris yang turut dibantu Hasan Muthalib (lakonlayar) telah berjaya menjadikan filem ’Aku Tak Bodoh’ ini setanding kualiti filem asalnya, ’I’m Not Stupid’.

Aku Tak Bodoh

Dengan menampilkan bakat-bakat baru seperti Aeril Zafrel, Rohaizat Hassan dan Wan Nor Aizat sebagai pemegang watak-watak penting dalam filem ini, ia tidak menjejaskan mutu penceritaan oleh kerana kemampuan mereka dalam menghayati watak yang disandang sungguh memuaskan. Ini diperhebatkan lagi dengan penampilan pelakon-pelakon utama lain seperti Amy Mastura, Riezman Khuzaimi, Adibah Noor, Namron dan Dato’ Jalaluddin Hassan.

Filem ’Aku Tak Bodoh’ mengisahkan bagaimana dua remaja melalui liku-liku hidup dengan kekangan ibu bapa mereka yang berpegang kepada prinsip, ’mendidik anak melalui kritikan adalah lebih baik daripada memberi pujian’.

Aku Tak Bodoh

Walau sebaik mana pencapaian yang telah dibuktikan ia tidak pernah dihargai oleh ibu bapa mereka. Kancah hidup sebegini akhirnya mendorong remaja-remaja tersebut membabitkan diri dengan aktiviti yang tidak baik malah hubungan kekeluargaan semakin terjejas. Namun konflik antara mereka mula terlerai apabila mereka sedar bahawa peranan setiap ahli keluarga tersebut amat penting.

Filem ’Aku Tak Bodoh’ yang diadaptasi daripada filem ’I’m Not Stupid’ yang berjaya mencatatkan kutipan box office di Singapura adalah sebuah filem yang wajib ditonton oleh ibu bapa dan anak-anak. Selain dijamin terhibur dengan komedinya yang bersahaja, ia juga dapat memberi mesej yang amat baik kepada ibu bapa dan anak-anak secara amnya.

Nantikan kemunculan filem ”AKU TAK BODOH” di seluruh pawagam tanahair bermula 2 Disember 2010.

Aku Tak Bodoh

Aku Tak Bodoh

Aku Tak Bodoh

Aku Tak Bodoh

Aku Tak Bodoh

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

MyTV3 Kini Berwajah Baru

Pertandingan Karaoke Red Box Alibi Music di AEON Tebrau City