in ,

Peraduan Menangi Tiket Konsert Rockaway 2011

Rockaway 2011, Festival Rock Terbesar di Malaysia & Rantau Asean kini kembali dengan barisan artis yang lebih menggegarkan dan akan memberi sedikit kelainan. Dengan konsep yang terkini Rockaway 2011 akan menggabungkang barisan artis tempatan dan luar negara sekaligus menyelaraskan slogannya iaitu Festival Rock Terbesar di Malaysia & Rantau Asean. Barisan pemuzik tempatan yang bakal beraksi termasuk One Buck Short, Love Me Butch, Jason Lo, Hujan, Metalasia, Pop Shuvit & Project E.A.R., Monoloque, Deja Voodoo Spells, They Will Kill Us All, Kyoto Protocol, Massacre Conspiracy, Dichi Michi, Busco, Tres Empere dan Oh Chentaku.

GUA-rockaway_241104863

Sementara band-band luar negara yang sudah disahkan akan bermain pada malam itu ialah The Used, All Time Low dan Story of the Year. Rockaway 2011 akan berlangsung dari 12 tengah hari sehingga 12 malam di Tempat Letak Kereta A, Stadium Bukit Jalil pada 8 Oktober 2011.

Tiket ‘early bird’ dan ‘pre-sale’ sudah habis dijual. Yang ditawarkan kini hanya tiket harga biasa, RM108. Tiket boleh dibeli di redtix.airasia.com. Untuk maklumat lanjut, layari www.rockawayfest.com. Follow twitter: @RockawayFest

Budiey.com hanya ada 5 tiket Rockaway 2011 bernilai RM88 setiap satu untuk diberikan kepada pemenang-pemenang bertuah yang dapat menjawab dengan tepat dan pantas soalan-soalan dibawah serta melengkapkan dengan kreatif slogan yang diberikan.

Tarikh:
8 Oktober 2011, Sabtu

Time:
12 tengahari – 12 tengah malam

Venue:
Tempat Letak Kereta A, Stadium Bukit Jalil

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Kepada pembaca yang ingin tiket ini, hanya jawab soalan berikut:

Soalan:
Senaraikan tiga band antarabangsa yang akan beraksi di Rockaway 2011.

Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke Konsert Rockaway 2011 kerana…. (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Twitter:

Peraturan:
1. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Pemenang akan dihubungi melalui email.
3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
6. Keputusan hakim adalah muktamad.

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Mahu Ke Konsert Rockaway 2011

Tarikh tutup peraduan:
7 September 2011

5 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih! Good luck pada semua! Love you all!

Teaser Rockaway Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Mimifly One Nation Emcees Seorang Psiko?

Red FM’s Runaway DJs