Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Penyertaan Festival Filem Malaysia ke-22 2009 Dibuka



PENYERTAAN FFM22 KK 2009 DIBUKA

Festival Filem Malaysia ke-22 Kota Kinabalu 2009 (FFM22 KK 2009) akan diadakan pada 5 hingga 8 Ogos 2009 di Kota Kinabalu, Sabah. FFM22 KK 2009 adalah anjuran bersama FINAS, Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah menerusi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Tema FFM-22 KK 2009 ialah “FILEM MALAYSIA KE PERSADA DUNIA ”. Tema ini berhasrat membawa perhatian warga industri menumpukan perhatian terhadap meningkatkan kemahiran terhadap hasil kerja mereka agar filem yang diterbitkan kelak akan mencapai mutu penerbitan antarabangsa.

Objektifnya pula adalah untuk mengiktiraf karyawan dan karya filem yang dinilai terbaik bagi menggalakkan pembangunan industri perfileman Malaysia di samping terus memasyarakatkan filem serta mendedahkan dan mempromosikan filem-filem tempatan ke peringkat antarabangsa.

Penyertaan bagi Festival Filem Malaysia ke-22 Kota Kinabalu 2009 (FFM22 KK 2009) kini dibuka kepada semua penerbit filem tempatan serta individu-individu yang layak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Penyertaan dan Penjurian FFM22 KK 2009, Puan Nancie Foo, borang-borang penyertaan bagi semua kategori boleh didapati di laman web www.sinemamalaysia.com.my dan www.pfm.org.my.   

Tarikh tutup penyertaan bagi semua kategori ialah pada 5 Julai 2009.

Bagi kategori bukan filem cereka (Filem Dokumentari, Pendek, Animasi) selalunya mendapat sambutan penyertaan yang kurang menggalakkan. Sehubungan itu, jawatankuasa ini menyeru semua pihak termasuk IPT Awam dan Swasta serta syarikat-syarikat pengiklanan untuk mengambil bahagian di dalam FFM22 KK 2009 yang julung kali diadakan di negeri bawah bayu.

FFM22 KK 2009 telah mempertaruhkan sebanyak 13 Anugerah Perdana, 12 Anugerah Cipta, termasuk satu anugerah yang baru diperkenalkan iaitu Filem Komedi Terbaik dan 5 Anugerah Khas Juri. FFM22 KK 2009 turut mengiktiraf pencapaian dan sumbangan karyawan filem veteran menerusi Anugerah Veteran (Lelaki dan Wanita), Anugerah Veteran (Belakang Tabir-Lelaki atau Wanita) serta Anugerah Filem Box-Office.

Antara kategori-kategori dalam Anugerah Perdana ialah:

1. Filem Terbaik

2. Pengarah Filem Terbaik

3. Pelakon Lelaki Terbaik

4. Pelakon Wanita Terbaik

5. Lakon Layar Terbaik

6. Cerita Asal Terbaik

7. Sinematografi Terbaik

8. Penyunting Terbaik

9. Skor Muzik Asal Terbaik

10. Filem Dokumentari Terbaik

11. Filem Animasi Terbaik

12. Filem Pendek Terbaik

13. Filem Digital Terbaik

Manakala untuk Anugerah Cipta pula ialah:

1. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

2. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

3. Penataan Seni Terbaik

4. Penataan Bunyi Terbaik

5. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

6. Pengarah Harapan Terbaik

7. Pelakon Harapan Lelaki

8. Pelakon Harapan Wanita

9. Lagu Tema Asal Terbaik

10. Pereka Kostum / Busana

11. Poster Terbaik

12. Filem Komedi Terbaik

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • EH! Cover Girl Search 2009
  • Festival Filem Malaysia Ke-22
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Photo Red Carpet Busan International Film Festival 2011
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Festival Tari Malaysia 2009
  • Siaran Langsung Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur Di TV1
  • UJIBAKAT BINTANG RTM 2009
  • Short Shorts Film Festival & Asia 2010
  • ASTRO KIRANA SHORT FILM AWARDS 2008/2009



  • 4 Komen untuk entri “Penyertaan Festival Filem Malaysia ke-22 2009 Dibuka”

    1. fifi kata:

      kk area mna 2 ek??nak g lar..msty bnyk artis dtg sbh kan,hehehe

    2. aryn kata:

      d kk Lg tuE..
      kat mna jg Tue..?
      nak p Lar…

    3. neWmOON kata:

      festival film ni aku nampak semalam acara raptainye kat 1 Borneo… ada c ampal juga..

    4. kinang kata:

      pagi tadi 10-11 am ada artis ramai di perkarangan dbkk.i think promotion kurang.cuz lambat org sampai

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK