in

Pencarian Bakat Baharu Peminat Onerepublic Tunjuk Bakat Dalam Pertandingan Nyanyian

PENCARIAN BAKAT BAHARU merupakan satu pertandingan nyanyian yang telah diadakan baru-baru ini oleh penganjur WGW Entertainment, sempena konsert OneRepublic Live in Malaysia 2018.

Atur cara hari ini yang berlangsung di ruang legar Berjaya Times Square telah melihat ramai penyanyi baharu yang sekali gus merupakan peminat kumpulan OneRepublic menunjukkan bakat masing-masing untuk menarik perhatian penonton dan para juri.

3rd Winner Ullyseus

Para peserta bertanding selepas dipilih berdasarkan penyertaan mereka dalam talian. Semua peserta akan terlebih dahulu bersaing dalam pusingan awal, dan hanya 10 daripadanya telah dipilih untuk ke peringkat final. Pertandingan ini kemudian akan dilanjutkan dengan pusingan akhir, di mana 10 finalis akan bersaing untuk merebut gelaran juara.

Sebelum pertandingan bermula, juruacara memberi pengenalan mengenai KONSERT ONE REPUBLIC bakal berlangsung di Kuala Lumpur dan PENCARIAN BAKAT BAHARU, diikuti oleh ucapan oleh Pengarah Urusan WGW Entertainment, Encik Hendrick Huang. Encik Hendrick Huang menyampaikan cenderamata kepada Encik Kenny Ong, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapura sebagai tanda penghargaan kepada syarikat rakaman berkenaan kerana menyokong acara tersebut.

Peserta menunjukkan persembahan yang terbaik ketika mendendangkan lagu-lagu hit kumpulan OneRepublic kerana aksi mereka di pentas dinilai oleh juri profesional. Persembahan peserta dinilai berdasarkan suara dan bunyi, irama dan tempo, ungkapan vokal dan persembahan pentas.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, Encik Hendrick Huang dan tetamu menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Selain menerima tiket 2 ROCK ZONE bernilai RM578 setiap satu, pemenang pertama, kedua dan ketiga juga menerima wang tunai masing-masing sebanyak RM3,000, RM2,000 dan RM1,000. Manakala tujuh finalis lain mendapat 2 pasang tiket CAT3 masing-masing bernilai RM298.

WGW Entertainment berasa bangga kerana berpeluang menyediakan platform kepada bakat baharu untuk menunjukkan kebolehan dan minat mereka dalam bidang seni suara. Pada masa yang sama juga turut memberi mereka peluang untuk menonton konsert OneRepublic Live di Malaysia 2018.

Satu zon tiket untuk konsert OneRepublic Live di Malaysia 2018 telah habis dijual dan sambutan untuk zon lain juga amat menggalakkan. Sila dapatkan segera tiket-tiket di zon berkenaan sebelum terlewat. Untuk butiran lanjut sila lawati www.ticketcharge.com.my atau hubungi 03- 9222 8811.

Konsert OneRepublic Live di Kuala Lumpur 2018 dianjurkan oleh WGW Entertainment dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), satu bahagian Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), dengan ODR LUBRICANTS, YOUTH LITE YOUTH FOR LIFE, PREMIUMLOGY, VIRAL CHAM!, MASTERCRAFT EVENT, BIG POST 大時報 dan OH BULAN! sebagai rakan kongsi rasmi, MIX sebagai rakan kongsi radio rasmi, ERA, MY dan HITZ sebagai rakan kongsi sokongan radio, ENTREPRENEUR INSIGHT sebagai rakan majalah rasmi, INSYNC GROUP YOUR FAMILY TRUST ADVISOR sebagai rakan penasihat kewangan rasmi, OD RACING sebagai rakan kongsi pasukan perlumbaan rasmi, DIRECTD MOBILE PHONE & ACCESSORIES sebagai rakan kongsi telefon mudah alih rasmi, APOLLO ASIA TRAVEL GROUP sebagai ejen pelancongan rasmi, BERJAYA TIMES SQUARE KUALA LUMPUR sebagai rakan kongsi mall rasmi, PARADIGM EVENT sebagai rakan kongsi roadshow rasmi dan UNIVERSAL MUSIC sebagai label rekod.

WGW Entertainment Managing Director Hendrick Huang presents a framed poster to Universal Muisc Malaysia & Singapore Managing Director Kenny Ong

WGW Entertainment Managing Director Hendrick Huang gives speech

10 contestants make themselve to the final

2nd winner Affan (left)

1st Winner Pitt Sarmon

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haiwan Peliharaan Adalah Teman Ideal Peminat Tegar Drama Bersiri

Rahsia Ramai Selebriti Pakai Anak Tudung Pintar Kini Dah Tersebar