Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari Berkahwin 4 Ogos?
Gosip atau khabar-khabar angin Natasha Hudson yang kononnya akan berkahwin pada 4 Ogos ini tersebar luar di internet. Samada betul atau tidak, berita ini tidaklah menghairankan saya. Mulut orang memang boleh kata apa sahaja. Sebelum ini, Natasha pernah dikatakan akan berkahwin pada 7 Julai 2007 (7-7-2007). Tetapi pelakon filem Chermin ini telah menafikannya. Gosip boleh menaikkan nama selebriti namun, sekiranya tidak berhati-hati, boleh menjatuhkan artis itu sendiri.
[tags]Natasha Hudson, Datuk Shahrin Zahari, filem Chermin, gosip artis Malaysia, kontroversi, perkahwinan, pengantin, tips seri pengantin, wedding[/tags]
Model terkenal Natasha Hudson akan mengakhiri zaman jandanya dengan memilih ahli politik dan perniagaan Datuk Shahrin Zahari sebagai teman hidupnya. Shahrin berusia 31 tahun ini merupakan anak sulung kepada arwah Datuk Zahari, antara pemegang saham terbesar syarikat yang terlibat dengan industri minyak negara Ranhill Berhad. Shahrin ini juga merupakan AJK Putera Umno dan telah mendapat Pingat Cemerlang Melaka yang membawa gelaran Datuk pada hari keputeraan Gabenor Melaka Tun Khalil Yaakob, tahun lepas.
Shahrin merupakan CEO Verti Global Berhad, dan merupakan jejaka idaman ramai artis dan model terkenal tanahair. Natasha sendiri khabarnya minta cerai kerana lakinya itu tidak berduit, tidak bekerja dan yang lebih utama kerana dia terpikat dengan mamat kaya bernama Shahrin ini. Shahrin dan Natasha yang kononnya ditangkap berdua-duaan oleh bekas suami dan bekas ibu mertuanya sendiri. Tapi itu cerita lama, entah betul, entah tidak, yang pasti, sekarang ini, AJK Putera Umno bernama Shahrin dan model yang juga janda hangat, Natasha akan berkahwin. Majlis resepsi mereka nanti akan diadakan di banglo kolonial tinggalan penjajah, Carcosa Seri Negara pada 4 Ogos ini.
Apapun, kepada Datuk Shahrin dan Natasha selamat pengantin baru.

Tags: Gossip
Tags: Gossip, Natasha Hudson, Datuk Shahrin Zahari, filem Chermin, gosip artis Malaysia, kontroversiClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





June 14th, 2007 at 12:38 pm
alamak melepas la aku??
December 18th, 2007 at 12:03 pm
saya xde komen..citer ank halal memang best…itu je..sekian trime kasih..good luck.. ‘-’..
December 28th, 2007 at 12:51 pm
he is hot!
February 19th, 2008 at 12:48 pm
dh kawen dgn org kayer tue bwk2 la dok umah jer,dh nk jd ibu pon…jg laki jg anak udahh…takpayah sebok2 nk pk cr duit nk itu nk ini…mtk jer dgn laki awak tue…
July 10th, 2008 at 10:41 am
pempuan juga harus menjaga hati suami……..and laki2 harus jug m’jaga ha’t pempuan…….ok………
July 10th, 2008 at 10:45 am
knp laki2 suka cakap pempuan mata duitan????????????????klu kau ign tau dengar ni ape yg ign aq ckpkanni……..bab pempuan suka org yg kaya………….
January 22nd, 2009 at 1:12 am
[...] wajah eksotik kacukan Melayu – Anglo-Australia, Natasha Hudson yang dulu pernah meletop dengan gossip-gossip panas. Pertama kali jumpa model hot yang kini dah bergelar isteri ini, masa Budiey menghadiri majlis pra [...]
February 7th, 2009 at 5:25 am
[...] wajah eksotik kacukan Melayu – Anglo-Australia, Natasha Hudson yang dulu pernah meletop dengan gossip-gossip panas. Pertama kali jumpa model hot yang kini dah bergelar isteri ini, masa Budiey menghadiri majlis pra [...]
August 1st, 2009 at 12:08 pm
nak komen sikit. aku setuju. ialah kalau laki tak ada duit memang boleh menjadi alasan keruntuhan rumah tangga sebab sekarang semua orang memerlukan duit untuk hidup tambahan lagi artis yang biasa hidup dikelilingi duit. dan tak ada wanita yang ingin hidup susah. Ini bukan isu wanita sekarang mata duitan tapi bagi lelaki-lelaki yang kat luar 2 biarlah pandai mencari duit dan menyimpan duit. Sebab sekarang tiada lagi cinta itu buta kerana sekarang wanita pandang lelaki yang boleh memberikan mereka kesenangan dan mereka berfikir disebabkan tiada wang boleh menjadikan satu pertengkaran dan menyebabkan perceraian berlaku. Kalau kawin dengan orang berduit sekurang – kurangnya nafkah dan harta sepencarian dapat dibahagikan sama rata. komen je. Semoga Natasha Berbahagia Hingga keAkhir Hayat.
December 8th, 2009 at 12:53 pm
dh bercerai pon dowang ni……
March 15th, 2010 at 3:35 pm
huhuhuhu.. pembetulan… dato shahril tu bru umur 29 tahun tahun ni… tahun 2010 is his 29 years old…
hmmmm.. memang la dia kayo.. huhuhuhuhuhu..
February 4th, 2011 at 12:31 pm
malie,tk pala dia nak khawin, nk buat macam mana, tp kena ingat,klu lakinya yg lama dia sanggup buat mcm tu,tk mustahil klu yg baru pun buat mcm tu,tp mungkin teruk lg k…..