in , , ,

Sekitar Tayangan Media Filem CHERMIN Lakonan Natasha Hudson

Pada 15 Mac 2007 bertempat di Golden Screeen Cinemas One Utama telah berlangsung Majlis Pra Tonton filem CHERMIN. Dihadiri oleh para pelakon dan krew produksi filem tersebut serta para media, majlis ini dipengerusi oleh pengacara TV3, Ahmad Fedtri Yahya.

Cahaya suram yang berbalam-balam sengaja dicipta untuk memberikan suasana ruang dewan menandakan filem ini penuh dengan unsur dan elemen seram yang mengerikan. Sebelum ucapan daripada pengarah, doa dibaca oleh pelakon M Rajoli.

Antara yang datang, Harith Iskandar, Ramli Hassan, Datuk Siti Azizah Abot selaku Pengerusi Kraftangan Malaysia, pengarah Saw Teong Hin,

423799590 6A3344D35D O | 3

Filem Chermin adalah sebuah filem seram yang lain dari lain. Bukan mudah untuk pengarah wanita yang muda untuk mencipta sesuatu yang baru seiring dengan cabaran dunia filem semasa. Filem Chermin melahirkan seorang lagi pengarah berkaliber yang bakal mewarnai dunia filem Malaysia.

Usah pertikaikan isu adakah mampu untuk pengarah baru seperti Zarina Abdullah ini menandingi mutu filem dari pengarah wanita seperti Shuhaimi Baba dan Yasmin Ahmad? Percubaan yang baik saya rasa telah dibuat untuk memastikan filem Chermin mempunyai keunikan tersendiri dari segi pembikinan.

Kos pembikinan Filem Chermin adalah daripada Dana Pinjaman. Sebanyak 15 filem telah diluluskan untuk tayangan. 6 daripadanya sudah ditayangkan. RM50 juta dana diperuntukan dan sebanyak RM12 juta telah dikeluarkan. Dana ini adalah untuk semua penerbit.

Chermin menjadi filem ke 5 yang diluluskan oleh Skim Wajib Tayang. Tahun 2006 menyaksikan kutipan RM20 juta mengatasi kos perbelanjaan filem sebanyak Rm36 juta.

Sesuatu yang memberangsangkan kerana pada tahun hadapan katanya 36 filem yang masih menunggu untuk tayangan. 16 filem lebih banyak daripada tahun ini. Peningkatan jumlah kutipan akan bertambah seiring dengan pertambahan pawagam.

Chermin, dengan ejaan sanskrit yang mengambarkan sesuatu yang antik, lama dan misteri.

Anda sudah menonton filem Chermin? Apa pendapat anda tentang filem sulung arahan Zarina Abdullah ini?

423801251 Fb3B1D2D12 O | 4
Farid Kamil
433453621 20A82Dd29B O | 5

Pendaftaran para jemputan dan media wartawan.

433453847 08Ffbbfbc7 O | 6

Poster Chermin

433453971 Cb79706F58 O | 7

Uniknya bila diletak sebuah cermin berukiran antik di meja pendaftaran.

433452066 4A83B1816D O | 8

Deanna Yusuff dan Zarina Abdullah

433454335 7792E847A0 O | 9

M. Rajoli

433454461 98C40162F4 O | 10

Farid Kamil sedang bergossip bersama Piere Andre

423795461 829A0C9Fa5 O | 11

Pereka fesyen Amir Luqman & Isma Yusoof 

423797056 B1A94E4120 O | 12

Penyampaian hadiah untuk pemenang peraduan di majalah Cosmopolitan.

423797372 98Bca8F141 O | 13

Dato’ Mustapha Ma’aruf

423798190 Dbfb5875Eb O | 14

Deanna Yusoff bergaun merah menyala.

423798683 2F2072Cb28 O | 15

Saw Teong Hin, pengarah Puteri Gunung Ledang pun ada.

423797884 F3E080F2E2 O | 16

Natasha Hudson, Deanna Yusoff dan Zarina Abdullah

423801594 1Cb49Ba116 O | 17

Ahmad Fetri Yahya selaku pengerusi majlis.

423801968 8Ed2Caf1Fb | 18

Pereka fesyen Amir Luqman & Isma Yusoof  di meja makan

423802661 46Fd6C9D1E O | 19

Natasha Hudson, cantik, muda, lawa dan anggun.

423803224 Bc0B6B950D O | 20

Menu makanan yang lazat.

423803373 F41F2F47Db | 21

Saya sempat berbual-bual dengan Isma, Amir dan Pierre Andre. Sesi soal jawab tidak dibuat di dalam dewan tapi di luar pawagam.

Terima kasih pada Starry Eye Production khasnya Puan Ummi Khaltoum Abdullah atas jemputan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan 2021 | 47

Senarai Lagu Konsert Akademi Fantasia 5 Minggu Ke 3

Intan Ladyana | 48

Filem JANGAN PANDANG BELAKANG Seram Giler!