Nasi Lemak Kopi O Musim Baru
Setelah tiga tahun bersiaran, TV9 Di Hatiku yang tampil ceria, kontemporari dan menarik kini berusaha keras menerbitkan pelbagai sajian rancangan menarik bagi menepati citarasa penonton setia kami. Terbaru, rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O kini muncul dengan wajah baru serta menjanjikan informasi yang lebih padat serta pelbagai, berbeza dengan rancangan bual bicara yang lain.
Masih lagi mengekalkan waktu siaran seperti biasa iaitu jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, Nasi Lemak Kopi O kini menampilkan tiga tema menarik pada hari Jumaat (Rest & Relax), Sabtu (Savvy & Witty), dan Ahad (In Style). Ketiga-tiga tema yang dipilih ini bersesuaian dengan jiwa penonton yang menginginkan kepelbagaian maklumat sebagai juadah pembuka minda dihujung minggu.
Penonton bukan hanya disajikan dengan wajah baru yang lebih menarik, malah segala topik perbincangan juga semakin kreatif dan memberi maklumat bermanfaat. Secara ringkas, hari Jumaat akan mengetengahkan beberapa segmen seperti Tolong jawab, dimana hos akan mengemukakan soalan mengenai isu semasa kepentingan umum yang mendesak, segmen Eh Dia Ni, dan segmen Jom Cuti. Pagi Jumaat anda juga akan disajikan dengan segmen Diari atau ‘Public Service Announcement’ yang menyentuh isu sosial masa kini. Penonton akan ditemani oleh pengacara Aziz Desa dan Syarifah Nur selama dua jam.
Manakala pagi Sabtu yang mengetengahkan tema ‘Savvy & Witty’ atau ‘prihatin & bijak’ pula akan menampilkan Abu Talib dan Syarifah Nur sebagai hosnya. Antara lima segmen yang akan ditekankan disamping segmen-segmen lain adalah Yang Terhangat iaitu jemputan yang di kategorikan penting, 1 Malaysia Video/ Foto/ Surat, Filem & Teater, Whatever/Gen Y, serta persembahan komedi.
Seterusnya, buat peminat-peminta gaya dan fesyen, pagi Ahad yang membawa tema ‘In Sytle‘ pasti memberi kepuasan menonton serta menyegarkan minda. Dihoskan oleh Farrah Adeeba dan Syarifah Nur, Nasi Lemak Kopi O akan turut mempersembahkan empat segmen utama menarik iaitu Tip Top, Pedas, Jom Masak, Polis & Orang Ramai dan Cantik (Fesyen & kecantikan).
Seperti biasa, Nasi Lemak Kopi O masih mengekalkan persembahan artis jemputan yang menjadi penyeri rancangan ini. Nasi Lemak, Kopi O, celoteh pagi, dan persembahan artis, pasti melengkapkan permulaan hari anda pada hujung minggu.
Justeru jangan lupa untuk saksikan Nasi Lemak Kopi O Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 8.00 pagi yang berwajah baru dan menarik serta tampil berinformasi dengan pelbagai segmen bermanfaat. Pastikan hujung minggu anda ceria dengan ditemani pengacara-pengacara TV9 Di Hatiku!
Terus setia bersama kami TV9 Di Hatiku dan selamat menonton!
Tags: TV9
Tags: TV9Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





May 15th, 2009 at 10:20 am
Kepada penerbit Nasi lemak kopi O,
saya cadangkan agar pihak TV9 untuk memilih pengacara yg benar banar ada kelayakan dan bakat. Di luar sana masih ramai graduan mengganggur sedang mencari pekerjaan. Mengapa tidak diberi peluang pada mereka untuk mengacara rancangan? Mengapa hanya memilih sharifah Shahira? Saya tidak nampak bakat yg ada padanya seperti seorang yg berpendidian.walaupun kerjaya spt Shahira hanya part-time, saya pasti ramai lagi orang lain yg sanggup bekerja walaupun part-time, saya sendiri pun sanggup kalau di beri peluang, cuma sekarang ini saya berada di KK.
Cubalah beri peluang kepada kami yang kesempitan wang, sekurang-kurangnya boleh mendapat sedikit pengalaman dan sedikit wang. shahira dah banyak belakpn dan mengacara. Begitu juga TV3 janganlah ambil Effa Raziah, image nya tidak mencerminkan berpendidikan dan berpengathuan dalam bidang pengacaraan.
May 31st, 2009 at 10:43 am
salam.
pada saya pemilihan sharifah shahira sebagai hos nasi lemak kopi o adalah satu pemilihan yang bagus.terus terang saya katakan sebagai peminat rancangan nasi lemak kopi o,sejak adanya kak.sharifah sbgai hos saya rasakan rncangan ni makin best dan tidaklah terlalu membosankan malah sy rasa lebih santai.
pada hari ini,k.sharifah memberi fed back trhadap komen diatas.beliau secara terus terang mengaku mmg beliau tdk berpendidikan.”belaja cukup2 mkn je”.kata beliau.tapi apa yg menarik perhatian sy,beliau berkata “apa yg penting usaha”.memang impian dia mahu jd pengacara dr umo 19,tp umo 34 baru dpt mnjdi pengacara.pada pendapat sy,pendidikan tu mmg penting.tetapi jika ada pendidikan tapi tidak beradab,malah berlagak sombong tdk ada gunanya.
Buat nina misya,jganlah menilai seseorang itu dgn hanya menilai tahap pendidikannya,tapi apa yg penting hati yg baik.kerana manusia itu sama sahaja.
dan kalau nina misya mahu pihak tv9 memberi peluang kpd anda yg kesempitan wang,sy syorkan spya anda menyertai pencarian pengacara di tv9 sekarang.masih belum terlambat.dan jika ditakdirkan anda mnjdi pengacara nasi lemak kopi o pada suatu hari nnti,sy harapkan moga ranking penonton rancangan itu makin bertambah,bukan berkurang.
June 10th, 2009 at 3:18 pm
salam tv9, program tv9 khususnya nasi lemak kopi o sangat baik tetapi saya mencadangkan penerbitnya tidak perlu mengadakan segmen gossip kerana gossip itu kebiasaanya berita yang tidak baik dan kadang-kadang gosip itu tiada kaitan dengan kita seperti pelakon luar negara yang pakai tak senonoh. Cukuplah stesen tv yang lain buat macam tu. Lebih baik penerbit mengadakan segmen ilmu seperti menonjolkan anak-anak kita yang kecil tetapi sudah hafal al-quran, bijak berpidatu atau sebagainya. Segmen motivasi seperti prof. Izzi pada rancangan yang lepas lebih menarik, tapi malangnya segmen sudah ditiadakan. Saya rasa segmen jemputan (artis) kurangkan.
February 2nd, 2010 at 4:01 pm
Salam tv9. Saya tertarik juga dengan segmen nasi lemak kopi o sejak awal kemunculannya. tetapi sekarang pihak penerbit telah membuat perubahan untuk kelainan. Saya lebih suka penampilan awal dengan menonjolkan pengacara wanita yang bertudung. Sungguh manis dan sopan. Sangat menarik dan mendamaikan. tetapi sekarang dijemput dari kalangan artis dan dikekalkan syarifah shahira. Khusna sudah tidak ada. Kenapa? Saya sangat tertarik dengan penampilan Khusna. Saranan saya kekalkan pengacara bertudung, yang tidak bertudung ke stesyen tv lain.
March 26th, 2010 at 9:09 am
Bahasa Kerinchi.
Saya cadangkan supaya TV9 juga mengadakan sessi belajar Bahasa Kerinchi dalam program Nasi Lemak Kopi O.
May 8th, 2010 at 8:24 am
salam TV9,saya merupakan salah seorang peminat rancangan nasi lemak kopi o,jika ada kelapangan pd hari minggu mmg tak sah kalau x menonton rancangan ini.Malangnya saya agak tidak berpuas hati dgn pengacara utk segmen mahkamah syariah iaitu Azean.sy rasa azean tidak berapa sesuai utk mengacarakan segmen itu.Cara penampilannya seolah2 tidak menghormati tatacara tertib di mahkamah syariah.pengacara yg bertudungkan ramai,artis pun kalau pergi mahkamah syariah tau nk bertudung.bkn sy seorng sj yg tidak berpuas hati,tetapi ia dah menjadi tajuk perbualan yg hangat di ofis sy.harap Tv9 memandang serius isu ini.
May 21st, 2010 at 11:04 am
salam, rancangan mari berpantun setiap jumaat yg disiarkan terlalu pendek. hadiah seperti yang dijanjikan masih tidak di terima. saya telah memenanginya pada bulan januari 2010. tk