in

Najwa Latif Mula Belajar di UNITAR International University

[dropcap]S[/dropcap]emasa hadir di Finale Time To SOX pada hari Ahad lalu di Berjaya Times Square, Budiey sempat menembual penyanyi Youtubers terhandal, siapa lagi kalau bukan Najwa Latif. Dengarnya, walaupun esok hari dia akan memulakan pembelajaran di UNITAR International University, Najwa sempat hadir di beberapa lokasi untuk buat show. Wow, murah betul rezeki Najwa ni.

Seperti yang korang sedia maklum, selepas berjaya mendapat 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penyanyi yang terkenal menerusi lagu Cinta Muka Buku ini telah memilih UNITAR International University sebagai universiti pilihannya bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang Foundation in Management. Menurut Najwa, dia ambil kursus ini adalah untuk membuka peluang beliau untuk belajar ke jurusan yang lebih tinggi.

Menerusi kemasukan Najwa di universiti terkemuka itu, pihak UNITAR berbesar hati melantik penyanyi tersebut sebagai duta mereka dan sekaligus memilih Najwa sebagai ikon belia terbaik untuk mempromosikan jenama universiti berkenaan dikalangan remaja masa kini.

najwa

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Unitar Capital Sdn Bhd, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi:

“Kami gembira kerana Najwa Latiff telah memilih kami sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pelajaran. Dengan profil beliau di kalangan belia, dia adalah duta besar untuk mempromosikan universiti dan juga jenama baru kami di Kelana Jaya mulai bulan September ini.”

Untuk makluman, UNITAR International University telah ditubuhkan sejak tahun 1997 dan ia menawarkan 60 program akademik, antaranya adalah Fakulti Perniagaan dan Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan, Fakulti Pengajian Awal Kanak-Kanak, Sekolah Siswazah dan Sekolah Yayasan serta Pengajian Am.

Dengan melanjutkan pelajaran di UNITAR, diharapkan agar cita-cita Najwa untuk bergelar pensyarah akan tercapai.

Najwa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ronda Impian Ceria Pagi Ke Sabah

Neelofa Halalkan Hutang Shahz Jaszle Dunia Akhirat