in , ,

The Jasmine Pilih Najwa Latif Untuk Kolaborasi Lancar Koleksi Tudung Terbaharu

Cantik betul tudung yang akan dilancarkan tak lama lagi. Tahniah buat Najwa Latif yang dipilih untuk berkolaborasi menjayakan keluaran terbaharu dari The Jasmine!

Berinspirasikan ikon lagenda Mesir, Ratu Cleopatra, TheJasmine melancarkan koleksi tudung terbaharunya, The Egyptian dengan kerjasama penyanyi tanah air terkenal, Najwa Latif.

Bertemakan kekuatan, kebijaksanaan dan ciri kepimpinan, The Egyptian merupakan cetakan tudung jenis Bawal bermagnet yang pertama dihasilkan untuk pasaran Malaysia.

Hadir dengan simbolik konsep ini, Najwa Latif memaparkan seri, dedikasi dan penuh bakat sepanjang kerjayanya sebagi seorang penyayi, seiring dengan kerjasama dengan TheJasmine untuk koleksi yang akan datang.

The.Jasmin x Najwa Latif

Keunikan koleksi ini bukan sahaja terletak pada ciri “ready in three seconds” (siap dalam 3 saat) yang kebiasaannya ada pada tudung TheJasmine lain, tetapi ia merupakan koleksi edisi terhad dengan hanya 500 cetakan bagi setiap warna yang berbeza – Cleopatra (Soft Pink), Sphinx (Nude) dan Papyrus (Sophisticated Grey).

Tudung bercetak ini juga datang dengan ukiran nombor siri istimewa, menandakan ciri asli yang dipadankan atas kotak pakej yang serba eksklusif.

The Egyptian akan dilancarkan pada Disember 2021, dengan pra-tempah bermula seawal 15 November 2021. Nantikan perkembangan terkini dari TheJasmine dan Najwa Latif di media sosial!

The.Jasmin x Najwa Latif

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pusat Kebudayaan & Kesenian Atatürk Kültür Merkezi Istanbul Kembali Dibuka

Harith Zazman

Harith Zazman Tayang Isteri Hamil Dalam MV SHUT UP