in ,

Tiga Tahun Bergelar Pensyarah, Najwa Latif Sambung Pengajian Doktor Falsafah di UKM

Penyanyi Najwa Latif, 26, menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.

Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai pensyarah, namun ia tidak menghalang penyanyi Najwa Latif untuk menyambung pengajian doktor falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mengambil jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Najwa berkata dia mahu terus menuntut ilmu serta memajukan diri sebagai seorang pendidik.

“Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.

“Walaupun habis PhD nanti, saya rasa saya masih akan nak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.

“Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi masih terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL,”

– Najwa Latif
Tiga Tahun Bergelar Pensyarah, Najwa Latif Sambung Pengajian Doktor Falsafah di UKM

Dalam pada itu, Najwa mengakui cukup teruja mahu mendapatkan gelaran doktor meskipun baru sahaja memulakan pengajiannya itu.

“Tempoh pengajian dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Jauh lagi perjalanan nak dapat gelaran itu namun saya rasa dapat bergelar doktor adalah pencapaian luar biasa untuk saya yang pernah tak minat akademik.

“Sekarang, saya lebih fokus nak buat tesis yang bagus sebab tak semua orang dapat peluang ini. Jadi saya nak gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin,” katanya.

– Najwa Latif

Terdahulu, Najwa menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM), pada 2019.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Sunway Malls Melancar Hab Jalinan Pelanggan, Beri Pengalaman Yang Lebih Inovatif

DOC2US Mengembangkan Perkhidmatan Ke Myanmar