in , ,

Lagu Raya Tahun 2021, HARI RAYA KITA Jadi Taruhan Najwa Latif, Semoga Raya Anda Lebih Meriah

Sempena kedatangan bulan Syawal yang mulia ini, Najwa Latif yang popular dengan lagu raya “Hari Raya ” bersama Iamneeta,Mimie Haris dan Deanna Hussin ini telah melahirkan single solo hari raya yang pertama buatnya, lagu raya ini berkonsepkan pop dan catchy telah dilancarkan pada 30 April 2021 yang merupakan rakaman studio yang 21 Najwa.

Bernaung kini dibawah labelnya sendiri NL  Entertainment, Najwa melahirkan rasa syukur dapat melahirkan single raya solo pertama dan merupakan produk ke 5 miliknya ,ujar Najwa.

Single  berjudul “Hari Raya Kita ” ini ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar Kumpulan cactus Arin Lutfi dan Alif Hassan manakala liriknya pula ditulis Bersama Arin Lutfi dan EllGee.

Menurut Najwa lagi dalam pembikinan single ini,mendapat khidmat Alif Hassan selaku penerbit bersama dan turut menampilkan pemuzik-pemuzik lama dan baru terdiri daripada Ujang Exists,Ayoy dari kumpulan 6ixthsense dan Jay dari kumpulan Pretty Ugly.

Najwa Latif

Proses rakaman single ini telah yang telah mengambil masa seminggu  untuk di siapkan di Hotsound Studio Kuala Lumpur, manakala proses Mixing Mastering dibuat dilakukan oleh Muhd Mastering.

Najwa Latif

Berbicara mengenai Muzik Video  “Hari Raya Kita ”, muzik video ini bertemakan suasana perayaan norma baharu di musim pendemik ini yang telah masuk tahun kedua.

Menurut Najwa “Saya  mahukan sebuah Muzik video yang santai, berbaur kekeluargan dan catchy serta mesej kebaikan sesuai dengan konsep perayaan di musim pedemik ini.

Najwa  juga berharap agar lagu ini diterima ramai dan serta mendapat penerimaan daripada semua golongan dan sesuai untuk generasi alaf ini.

Muzik Video “Hari Raya Kita ini telah dilancarkan 30 April 2021 lalu kini mencecah 5O ribu  tontonan ketika ini yang boleh ditonton di saluran youtube Channel Najwa Latif dan pautan https://www.youtube.com/watch?v=eV9tCeGbVGg

Najwa Latif
Najwa Latif

What do you think?

28 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Samsung Kuasakan Minat & Kreativiti dalam Seni & Muzik untuk Rising StarsMalaysia

Ushera Lancarkan Lagu Raya Berjudul KEMBALI Dengan Lenggok Tradisional Melayu