in ,

Neelofa Halalkan Hutang Shahz Jaszle Dunia Akhirat

Eloklah kalau macam tu. Mulia sungguh hatimu, Neelofa. Kepada Shahz Jaszle, hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut.

Selepas timbul gosip mengatakan Neelofa ada menuntut hutang sebanyak RM5,000 dari Shahz Jaszle, pada hari ni tuan empunya badan, Neelofa jawab melalui Harian Metro:

Irma Hasmie Neelofa

“Memang perkara itu (meminjam duit) pernah berlaku. Kelakar juga apabila kisah ini terbongkar sedangkan ia sudah lama berlalu. Saya lama tidak berhubung dengannya dan nombor telefonnya juga tiada dalam simpanan saya.

Kali terakhir saya berjumpa Shahz ketika dia hadir ke studio Meletop untuk mempromosikan drama lakonannya. Itu pun kami hanya bertanya khabar. Dan saya langsung tidak ingat soal duit yang pernah dipinjamnya itu. Justeru, saya menegaskan gosip itu tidak benar dan hanya andaian pihak tertentu saja,”

– Neelofa
shahz-jaszle-smile

Dan ditanya mengenai kenyataan Shahz Jaszle yang menganggap Neelofa masih lagi ingin bersama dengannya, Neelofa menjelaskan:

“Jika benar seperti dakwaan gosip itu kononnya Shahz mengatakan saya masih mencari dia untuk menagih cinta, terpulanglah, kerana saya sudah menjelaskan awal tadi yang saya tidak pernah berhubung dengannya. Saya tidak mahu menambah lagi kekusutan yang dialaminya sekarang dan biarlah kisah ini berlalu begitu saja,”

Neelofa telah menuntut duit hutangnya itu daripada Shahz Jaszle sewaktu aktor itu bersemuka dengan Farah di Bangsar pada minggu lalu untuk mempertahankan pendiriannya bahawa dia telah ditangkap berkhalwat kerana diperangkap serta dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Farah.

Dia mempertahankan pendiriannya itu di hadapan ibunya dan juga wakil pihak media yang turut hadir sama dan pada ketika itulah Neelofa dikatakan telah menghantar mesej buatnya.

– Neelofa

Lalu, Shahz Jaszle telah menggunakan peluang untuk memberitahu semua yang ada di situ bahawa lihatlah, bukan dia yang mencari mereka (perempuan) tapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan nombor Neelofa.

Namun, apa yang dilakukan oleh Shahz Jaszle itu nampaknya telah memakan dirinya sendiri kerana salah seorang saksi yang berada di situ telah menerima sms yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar sms itu kepada Shahz Jaszle untuk meminta wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya.

Eloklah kalau macam tu. Mulia sungguh hatimu, Neelofa. Kepada Shahz Jaszle, hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut.

Semoga Shahz Jaszle dapat mengatasi masalah dan segala kontroversi yang melanda hidupnya. Mungkin semua ini berlaku dengan hikmah.

One Comment

Leave a Reply
  1. ini semua pengajaran kepada semua.. bagi shahjaszle, harap bersabar dan belajar dari segala kesilapan diri. buang yang keruh ambil yang jernih. setiap kejadian buruk kehendak kita, yang baik datang dari tuhan.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Najwa Latif Mula Belajar di UNITAR International University

Goyang Shafiq Jom Pi Cuti Lakonan Tasha Shila