in ,

Misha Omar Bakal Nikah Februari 2014

Banyak betul event yang berlangsung pada hari ini. Antara yang happening ialah majlis sidang media pelantikannya sebagai duta pertama jenama cat ternama tempatan, Colourland, bertempat di The Bee, Publika pada jam 3 petang tadi (26 Jun 2013). Tahniah buat Misha Omar. Semasa majlis ini, Misha Omar tak lepas ditanya tentang majlis nikahnya.

Setelah dua kali menangguhkan majlis pernikahannya, Misha Omar, akhirnya mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan beliau bersama tunangnya, Fiross Ezzwan Rosly pada Februari tahun depan.

Akan tetapi Misha berkata tarikh sebenar pernikahannya belum ditetapkan lagi kerana keluarga kedua-dua belah pihak hanya akan berjumpa dan berbincang mengenai pernikahan tersebut menjelang Hari Raya Aidilfitri, Ogos ini.

“Alhamdulillah setelah ditangguhkan sekali lagi pada September lalu, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memilih Februari 2014 untuk menyatukan ikatan cinta kami. Namun tarikh sebenarnya belum lagi ditetapkan sehingga mereka berjumpa dan berbincang secara lanjutnya.”

Misha turut memberitahu Februari adalah bulan yang istimewa untuk dirinya dan tunang.

“Kami memilih Februari tahun hadapan sempena genap dua tahun kami bersama setelah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. Kebetulan kami berdua lapang pada bulan tersebut dan tidak terikat komitmen kerja. Harap-harapnya, semua berjalan lancar.”

Misha merancang untuk bernikah di rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan dan bakal mengadakan majlis resepsinya di Kuala Lumpur.

Misha dan Fiross yang merupakan seorang juruterbang MAS telah bertunang pada sekitar Februari 2012. Pasangan ini merancang mahu berkahwin pada September 2012. Bagaimanapun hari pernikahan mereka terpaksa ditangguhkan kerana tunangnya perlu mengikuti latihan bagi mendapatkan lesen airbus. Jadual kerjaya seni Misha pula terlalu padat sehingga Oktober tahun ini.

Pasangan ini akhirnya sepakat untuk melangsungkan perkahwinan pada Februari 2014. Menurut Misha kedua-dua pihak keluarga akan berbincang untuk menetapkan tarikh sebenar, selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Fabulous Cats Kembali Segar Dengan Anggota Baru

Nora Danish, Adi Putra & Fiza Sabjahan Duta Seindah Ramadan TV3