in , ,

Nora Danish, Adi Putra & Fiza Sabjahan Duta Seindah Ramadan TV3

[dropcap]B[/dropcap]udiey nak ucapkan sekalung tahniah buat tiga orang selebriti iaitu Nora Danish, Adi Putra dan pengacara Fiza Sabjahan kerana telah dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3 secara sah semalam. Istimewanya, ketiga-tiga duta ini bersama ramai lagi artis popular tanah air akan mengembara ke dua lokasi iaitu di Johor Bahru dan Kuala Terengganu dan mereka akan memasak dan kemudian menjual juadah berbuka puasa.

Mereka akan sertai ‘Baazar Seindah Ramadan’ bersama ramai lagi artis. Kami akan memasak dan menjual juadah buka puasa. Mereka dijadualkan akan ke Johor pada 13 Julai dan Terengganu pada 27 Julai. Hasil jualan juadah itu nanti kita akan salurkan ke rumah anak yatim terpilih.

Selain itu difahamkan Nora Danish, Adi Putra & Fiza Sabjahan akan menghangatkan malam sampaikan ucapan raya pada malam menjelang 1 Syawal serta akan muncul menerusi telemovie khas Aidilfitri berjudul Ijab dan Qabul, bergandingan dengan hero yang tidak asing lagi, Adi Putra pada hari raya nanti.

Seingat Budiey ini adalah kali pertama TV3 melantik selebriti sebagai duta kempen program sepanjang Ramadan. Satu cara yang Budiey rasa sangat berkesan untuk mewar-warkan dan mendekatkan program kepada peminat.

Seindah Ramadan TV3

Seindah Ramadan TV3

Seindah Ramadan TV3

Seindah Ramadan TV3

Seindah Ramadan TV3

Seindah Ramadan TV3

Seindah Ramadan TV3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misha Omar Bakal Nikah Februari 2014

Benjy Ditangkap Lagi Positif Dadah Jenis Syabu