in , ,

Kombinasi Serasi Ratu Rock & Penyanyi Pop Malaysia Di Pentas ICSYVMY 5

Setelah 4 episod bersiaran, program hiburan nombor satu di Malaysia, I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA (ICSYVMY) yang diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan terus menarik perhatian penonton dengan pelbagai kejutan dan aksi dari artis jemputan!

I Can See Your Voice Malaysia 5 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Minggu ini, I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan dua artis hebat tanah air iaitu Ratu Rock Ella dan penyanyi pop wanita Misha Omar sebagai artis jemputan. Gandingan dua legenda muzik ini sememangnya menggegarkan pentas musim ke-5. Gelagat ratu rock negara, Ella yang bersahaja pasti membuatkan anda tak kering gusi melihat beliau apatah lagi digandingkan dengan pemenang vokal terbaik 3 kali di Anugerah Juara Lagu, Misha Omar yang berpengalaman luas dalam bidang nyanyian. 

Untuk episod ke-5 yang akan bersiaran pada hari Ahad nanti, artis-artis jemputan kita akan dibantu oleh panel penyiasat tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick serta Lan Solo, Zarul Umbrella dan Amy Mastura sebagai penyiasat jemputan untuk bersama-sama mengenal pasti penyanyi dalam kalangan peserta.  

Berjayakah Ella dan Misha Omar membuat tekaan yang betul dalam episod kali ini? Berdasarkan paparan episod yang lalu, adakah tekaan panel penyiasat boleh dipercayai ataupun hanya menambah kekeliruan yang sedia ada? Pastikan anda tidak terlepas untuk menonton I Can See Your Voice Malaysia 5 minggu ini!

I Can See Your Voice Malaysia 5 menampilkan Digi sebagai penaja utama, Kinohimitsu dan Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio, Oh Bulan, Xtra dan Senang Terhibur sebagai rakan digital. Gunakan #ICSYVMY untuk merancakkan perbualan di laman media sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROMPAK

Intraday ‘Rompak’ Pavilion

SAMSUNG

Samsung Perkenal Strap Edisi Terhad Menampilkan Jenama Tempatan