in ,

Malam Amal Bunga-bunga Cinta Misha Omar Berjaya Realisasikan Usaha Murni Untuk Anak Seni 

Sesudah dilanda gerhana angkara Covid 19, anak seni serta pihak yang prihatin terhadap kehidupan golongan yang memerlukan bangkit dengan inisiatif bagi membantu dan beramal.

The H Entertainment muncul dengan inisiatif tersebut dalam memberikan sebuah hiburan berbentuk amal buat para peminat Misha Omar khususnya. 

Diadakan pada 19 Februari lalu di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, usaha murni ini disambut dengan baik oleh golongan korporat, para selebriti serta orang perseorangan. Meja yang dijual dengan harga-harga  dari RM300 hingga RM700 terisi penuh. 

Malam amal makan malam ‘ Bunga-bunga Cinta Misha Omar, Charity & Fundraising Gala Dinner’  tersebut turut dihadiri oleh YAM Sharifah Khatreena Nuraniah binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail , puteri sulung kepada Raja Muda Perlis serta YB Dato’ Seri Haji Ismail bin Hj Abd Muttalib , Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

Malam amal Bunga-bunga Cinta Misha Omar Berjaya Realisasikan Usaha murni untuk anak seni

Menurut Pengarah Urusan The H Entertainment iaitu Norazirah binti Abdul Talip, “Pembahagian untuk sumbangan kepada PAPITA dan PERSEDIM serta golongan yang memerlukan adalah sebanyak 5 hingga ke 10 peratus selepas ditolak semua harga kos. Dalam bulan Ramadan ini, pihak kami akan membuat program CSR bagi infak Ramadan. Jumlah sumbangan ini akan diberikan kelak kepada mereka yang memerlukan. “

Terdahulu sewaktu sidang media diadakan di lokasi yang sama, The H Entertainment telah  menyatakan bahawa  tujuan utama program amal ini ialah untuk mengutip dana bagi membuat sumbangan kepada  beberapa Yayasan Kebajikan yang memerlukan dana bagi meneruskan program-program kebajikan antaranya untuk membolehkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik,  kebajikan anak-anak yatim, bantuan kemasyarakatan dan juga modal insan.  Sumbangan dan dana akan disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Semerah Padi (PERSEDIM). 

Malam amal Bunga-bunga Cinta Misha Omar Berjaya Realisasikan Usaha murni untuk anak seni

Sumbangan dan dana juga turut diberikan kepada pihak Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) dengan bantuan presidennya, Datuk Malek Ridzuan untuk diagihkan kepada anak-anak seni yang memerlukan.

Malam yang penuh bermakna tersebut dimulakan dengan persembahan bakat baru, Zarol Zarif yang membawakan lagu Anuar Zain dan turut memperkenalkan lagu baharunya yang kini sedang mendapat sambutan baik dari pendengar yang bertajuk Kan Kan. 

Dafi yang sudah lama agak hilang dari radar dunia nyanyian muncul dengan lagunya Bila Terasa Rindu dan mengubati kerinduan peminat yang sudah lama tidak menyaksikan dan mendengar nyanyiannya. 

Acara yang ditunggu-tunggu tiba apabila penyanyi bersuara enak muncul dengan persalinan serba hitam dan bergunci rona merah menyala. Misha Omar memulakan acara dengan lagu Sembunyi yang disulam dengan lagu Dedebu Cinta.

Malam amal Bunga-bunga Cinta Misha Omar Berjaya Realisasikan Usaha murni untuk anak seni

Vokal bertenaga Misha dengan diiringi oleh pemuzik professional tanah air di bawah pimpinan Szewan meneruskan acara dengan lagu Tanpa Rela dengan diikuti dengan bariskan lagu medley Whitney Houston iaitu Run To You, I Have Nothing dan One Moment In Time. 

Misha kemudian mengembalikan ingatan penonton terhadap lagu-lagu runut bunyi nyanyiannya iaitu Pulangkan dan Ku Seru. 

Celoteh Misha yang manja dan lucu membuatkan penonton sentiasa tersenyum bersulam ketawa-ketawa sepanjang persembahan yang diadakan. 

Malam amal Bunga-bunga Cinta Misha Omar Berjaya Realisasikan Usaha murni untuk anak seni

Misha kemudian memilih untuk menyanyikan lagu saduran lagi dan kali ini memilih lagu-lagu Allahyarhamah Sharifah Aini untuk dipersembahkan kepada khalayak. Malah Misha sempat memberi ‘trek bonus’ kepada khalayak dengan membawakan lagu Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu Percayalah.

Sebelum mengakhiri malam yang penuh bermakna tersebut, persembahan diteruskan dengan lagu berhantu Misha iaitu Sampai Bila, diikuti dengan rangkaian lagu medley iaitu Halaman Cinta, Semoga Abadi dan Cinta Adam dan Hawa. 

Malam amal Bunga-bunga Cinta Misha Omar Berjaya Realisasikan Usaha murni untuk anak seni

Tidak sah kiranya jika lagu yang telah mempopularkan Misha Omar ke persada seni serta tajuk lagu yang diangkat sebagai judul malam amal The H Entertainment ini tidak dinyanyikan. 

Selepas mendapat pekikan kuat dari penonton yang tidak puas dengan persembahannya, Misha kemudian muncul dengan lagu Bunga-Bunga Cinta bagi mengakhiri persembahan. 

Malam amal Bunga-bunga Cinta Misha Omar Berjaya Realisasikan Usaha murni untuk anak seni

Semoga usaha murni seperti ini terus dilaksanakan oleh golongan korporat yang prihatin dengan golongan anak seni dan mereka yang memerlukan di luar sana. 

Malam amal Bunga-bunga Cinta Misha Omar Berjaya Realisasikan Usaha murni untuk anak seni

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADAMI HAIRI

Akui Agak Terlambat Masuk Industri, Tapi Adami Hairi Berjaya Buktikan ‘Sesuatu’!

ABJAD AKSARA

Abjad Aksara Lancar Single Pertama Berjudul BAYANG-BAYANG