in , ,

Konsert OSK Bersama Bintang Misha Omar di Istana Budaya

Konsert OSK bersama Bintang Misha Omar di Istana Budaya pada 30 Oktober 2021 jam 8:30 malam, berlokasikan Panggung Sari.

Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang turut dikenali sebagai National Symphony Orchestra (NO) akan bersama-sama bintang terkemuka tanah air, Misha Omar dalam “Konsert OSK Bersama Bintang” pada hujung Oktober ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Konsert yang diterbitkan oleh Istana Budaya in pastinya sangat mengujakan kerana ini adalah kali pertama Misha berkolaborasi bersama OK yang pernah bekerjasama beberapa kali dengan artis-artis ternama yang lain.

Nasran Naw selaku pengarah muzik dan konduktor OSK teruja untuk menjayakan konsert ini bersama Misha Omar dan beliau yakin para peminat pastinya akan terpukau dengan keunikan vokal penyanyi pop wanita Malaysia tersebut apabila bergandingan dengan kumpulan muzik orkestra simfoni.

Menurut Nasran, orkestra simfoni mempunya kelasnya yang tersendiri dan pemilihan Misha adalah bertepatan dengan konsep konsert in yang meraikan seorang bintang terkenal tanah air di atas pentas yang gah.

Persembahan konsert satu malam sahaja in akan dibahagikan kepada tiga segmen iaitu pembuka persembahan dengan lagu-lagu seperti Bunga-Bunga Cinta, Dedebu Cinta, Pulangkan, medley Nafas Cahaya & Ku Seru diikuti segmen tribute 3S iaitu lagu-lagu Sudirman, Sharifah Aini dan Siti Sarah yang memberi kesan dalam perjalanan karier Misha sebagai penyanyi.

Konsert ini akan diakhiri dengan pengisian menusuk jiwa dengan lagu seperti Jawapanmu & Sembunyi, TaNpa Rela dan Tiada Lagi Tangisan.

Poster Konsert OSK Bersama Bintang

Ketua Pengarah Istana Budaya, Puan Zaiton Md Desa berharap agar Konsert OSK Bersama Bintang ini dapat menjadi salah satu saluran penyampaian maklumat penting kepada masyarakat mengenai keistimewaan dan kelainan muzik orkestra simfoni.

Belau turut menyatakan bahawa dengan adanya sokongan berterusan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Istana Budaya dapat terus memberikan peluang dan rung kepada penggiat seni untuk membangunkan semula industri kreatif negara yang merundum akibat COVID-19.

Tiket berharga RM98, RM108 dan RM118 boleh dibeli secara tunai bermula 20 Oktober 2021 di Kaunter Box Office, Istana Budaya dari pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Orang ramai yang ingin menyaksikan konsert ini perlu lengkap divaksin, memakai pelitup muka sepanjang persembahan dan mematuhi SOP MKN serta peraturan sedia ada di Istana Budaya.

Kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas dibenarkan menonton dengan syarat ditemani bu bapa atau penjaga yang telah lengkap dua dos vaksinasi. Pihak Istana Budaya berhak menghalang orang ramai yang bergejala dan tidak mematuhi SOP daripada memasuki premis.

Demi Konsert, Misha Omar Tangguh Tambah Zuriat

Demi kecintaan terhadap nyanyian, penyanyi popular Misha Omar sanggup menangguh buat seketika perancangannya untuk hamil anak kedua.

Penyanyi kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata dia terpaksa melupakan seketika niat untuk menambah cahaya mata bagi merealisasikan impiannya untuk menjayakan konsert solo Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersama Misha Omar yang bakal berlangsung pada 30 Oktober depan.

“Saya tangguh sebentar menjalani rawatan kesuburan demi rasa cinta menggunung untuk konsert ini yang juga merupakan salah satu impian saya sebagai anak seni.

“Nasib baik doktor juga tidak menghalang perkara ini. Insya-Allah jika ada rezeki untuk mendapatkan zuriat, pasti Tuhan akan permudahkannya,”

– Misha Omar

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 40, berkata demikian pada sidang akhbar OSK bersama Misha Omar di Istana Budaya, Kuala Lumpur hari ini.

Tambah pelantun lagu Sampai Bila itu, dia juga khuatir mengalami alahan teruk sekiranya disahkan hamil jika dia meneruskan sesi rawatan kesuburan.

“Saya tak mahu kerana hamil, reputasi sebagai penyanyi rosak, sekali gus menghampakan hati para peminat yang sudah lama menanti ‘hadiah’ istimewa daripada saya.

“Ini pengorbanan yang saya lakukan demi cinta saya terhadap nyanyian. Tak apa, anak boleh tunggu, ‘tunggu ibu ya sayang’,”

– Misha Omar

Terdahulu, selepas lima tahun menimang cahaya mata sulung, Misha atau mesra disapa Kak Mitch pernah mendedahkan dia kini sedang menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

Sebagai ikhtiar, Misha sudah menjalani ujian hormon Anti-Mulleroian (AMH) menerusi pengambilan darah untuk mengetahui tahap kesuburan.

Dalam pada itu, dia yang terkenal menerusi lagu Bunga Bunga Cinta itu turut menjelaskan bahawa dia telah mencipta tanda pagar #menjejakkhadeja sebagai pembakar semangat untuk dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Untuk rekod, Misha mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Idris Ezzwa yang kini berusia lima tahun.

Misha turut memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini telah berusia 15 tahun. – K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Tertanya, Isteri Dah Unfollow Shuk Sahar, Kenapa Kongsi Lirik Sedih?

Kemuncak Usahawan Buletin FM Pusingan Kedua