Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Menjelang Sidang Media Perkahwinan Mawi – Ekin Hari Ini



Hari ini, bertempat di Hotel Palace of Golden Horses jam 1.30 petang, akan diadakan satu sidang media tentang pengumuman khas perkahwinan Mawi dan Ekin. Khabar yang Budiey terima, perkahwinan yang bakal dinobatkan Wedding of The Year ini telah mendapat tajaan sebanyak RM5 juta oleh pihak Astro yang telah mendapat hak eksklusif untuk membuat liputan khas perkahwinan. Tahniah Mawi! Tahniah Ekin!

Tapi malangnya, Budiey tidak dapat hadir di sidang media itu kerana terpaksa bergegas ke Pra Tonton Media untuk Filem ANAK KELANTAN. Yelah, Budiey kan orang Kelate, so kena support la filem dialek Kelate keh? Tok gituh? Hehe.

  1. Budiey difahamkan majlis pernikahan akan berlangsung kemungkinan besar di kediaman Ekin di Johor Bahru selepas Zuhur dan diikuti dengan majlis persandingan pada malam harinya.
  2. Majlis persandingan mereka pula khabarnya akan dibuat di Dewan Stadium Bandaraya, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
  3. Pada 28 Disember pula sebuah majlis akan dibuat di kampung Mawi iaitu di Felda Taib Andak Kulai.
  4. Pasangan tersebut juga akan diraikan di majlis resepsi di Kuala Lumpur pada 11 Januari 2009 di Hotel Palace of Golden Horses dengan konsep ‘glam wedding’.
  5. Unit tempahan Dewan MBJB yang mampu menempatkan 5000 orang dalam satu masa itu telah ditempah untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan pada 20 Disember ini. Malah deposit telah pun dibayar sebanyak RM2500.
  6. Sementara itu, bagi peminat yang ingin mengikuti sidang media ini, jangan risau, korang boleh menonton siaran eksklusif di Astro AWANI (501) mulai pukul 2.30 petang ini.
  7. Sidang media hari ini akan mengumumkan siapa pereka fesyen, penaja perkahwinan, hantaran, maskahwin dan sebagainya.

Ramai peminat yang mendoakan semoga Mawi bahagia bersama dengan Ekin, malah sebaliknya ada pula yang melontarkan banyak cacian dan kejian ke atas Mawi.

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Ekin Kekasih Mawi
  • Photo Aein & Ekin Bakal Tunang Mawi @ Minggu Setiausaha Rafflesia di Hotel Istana
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • Gambar Pra Perkahwinan Mawi dan Ekin
  • Gambar Mawi di Pelancaran Album Terbaru ALLAH HABEEBI
  • MAJLIS PERSANDINGAN MAWI-EKIN MERIAH WEDDING OF THE YEAR 2008
  • Gambar Mawi & Ekin di Open House Aidilfitri Astro
  • Mawi Mengaku Cinta Ekin Wanita Paling Istimewa
  • Petanda ‘Sesuatu’ Di Sebalik Tragedi Pembawa Hantaran Ekin Jatuh Pengsan
  • Gossip Mawi Hadiah Rumah Mewah dan Kereta Toyota Alphard Kepada Bapa Ekin?



    • atas pagar..

      ala dulu ekin belum becinta ngan mawi tak pakai tudung…. seksi!
      konon dah becinta ngan mawi bru nak tutup ni tutup tu…. ceh!
      be you self lar ekin!!!!! nanti besok-besok dah tak de jodoh ngan mawi ntah-ntah buka tudung pakai seksi balik tak????????? Tak ke nak menjatuhkan maruah gak tu????

    • Komen Gak

      Emm..aku memang tak suka ngan Mawi…cam bagus2 gitu tapi suara tak seberapa pon…yang lagi best langsung tak pandai cakap English….kalu dah jadi artis tu pepandai lah carikan ilmu untuk menaikan lagi taraf artis Malaysia yang semakin lama makin tersorot…aku tak kisah lah dia kawin ngan sesape tapi yang peliknya tetiba jer Ikin berubah pakai tudung…emmm cam tak ikhlas jer pakai tudung….hanya tuhan je yang tahu…hopefully you all kekal lah ek….skunk ni pon banyak artis kawin grand2 pastu cerai…huhuhuhuhu

    • midzie

      x sangka ekin dn aein yg selalu main bowling di best world jb yg sekarg dh diambil alih ole pihak danga kini dh bergelar isteri jutawan….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK