in , ,

Berita Palsu Difitnah Secara Melampau, Mawi Sedia Lapor Polis

Apa yang mereka lakukan itu memang melampau kerana boleh buat orang bersangka buruk terhadap saya dan isteri.”

“Apa yang mereka lakukan itu memang melampau kerana boleh buat orang bersangka buruk terhadap saya dan isteri.”

Demikian respons penyanyi, Mawi apabila menjadi mangsa fitnah beberapa portal tidak bertanggungjawab yang menyebarkan tajuk berita palsu dengan memberi bayangan seolah-olah rumah tangganya kini sedang bergolak.

Memetik Kosmo, Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani, 42, berkata, laporan berita palsu berkaitan keretakan rumah tangganya bersama isteri, Ekin, semata-mata mahu menarik perhatian orang ramai dianggap melampau.

Ujar bekas juara program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu, dia faham tujuan portal tersebut menggunakan tajuk sebegitu kerana mahu melariskan perniagaan namun perkara tersebut boleh mendatangkan fitnah.

“Setahu saya pengendali portal sebegitu ada tujuan lain. Saya tidak tekan (klik) pun pautan berita itu.
“Mereka (pengendali portal) berniaga dengan menjual produk dan sengaja meletakkan tajuk sensasi untuk menarik perhatian pembaca melayari portal mereka,”

– Mawi

Kata pelantun lagu Aduh Saleha itu lagi, dia terkilan apabila pihak tersebut menyalahgunakan platform media sosial apabila menggunakan nama orang lain, terutama selebriti untuk mengaut keuntungan.

Guna nama orang lain untuk berniaga dan mengaut keuntungan, saya rasa perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Nak berniaga biarlah dengan cara yang bersih.

“Apa yang mereka lakukan itu memang melampau sebab melibatkan orang lain. Sedikit-sebanyak juga akan menyebabkan orang bersangka buruk terhadap saya dan isteri. Jadi tidak baguslah,” jelasnya.

– Mawi

Ketika disoal tentang penerimaan Ekin terhadap berita palsu itu, Mawi berkata, emosi isterinya sedikit terganggu selepas  diajukan pertanyaan oleh rakan-rakan yang berkongsi berita tersebut.

Bila ramai yang kongsi dan bertanyakan tentang berita itu, sudah tentu isteri terkejut. Sedikit sebanyak terganggu juga (emosi),” katanya.

Dalam pada itu, Mawi bersama isterinya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali portal yang menyebarkan berita palsu tersebut.

“Saya dan isteri ada berbincang dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis serta menyaman pihak tidak bertanggungjawab itu.  Tujuannya untuk memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu.
“Jangan suka-suka gunakan nama orang lain untuk ambil kesempatan. 
Islam menggalakkan kita berniaga tapi biar dengan cara yang betul dan ikhlas. Bukan babitkan orang lain.”

– Mawi

Terdahulu, Mawi dan Ekin berkongsi tajuk berita beberapa portal dalam Facebook yang memberi bayangan seolah-olah rumah tanggan mereka retak menanti belah.

Sehubungan itu, Ekin menerusi hantaran dalam Instagram miliknya meluahkan amarah dengan memberi amaran terhadap portal terbabit.

“Ini sudah melampau! Selidik dahulu sebelum mahu kejar glamor. Nanti tak pasal-pasal kena saman!,”

– Mawi

Sebelum ini, penyanyi Shila Amzah juga berdepan isu serupa apabila tular dalam media sosial kononnya dirinya bakal diceraikan suami iaitu Ubai, selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Kata Shila, dia menyarankan agar orang ramai berhenti daripada menggunakan Facebook yang dilihat semakin teruk menyebarkan berita berbaur fitnah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Perut Buncit Sebab Kuat Makan, Hamil Belum,” – Sweet Qismina

Tiz Zaqyah Dinobatkan Pelakon Terbaik Asian Academy Creative Awards