in ,

Pendakwah Gelar Lagu Al-Haq Nyanyian Mawi & AC Mizal ‘Lagu Kepala Hotak’ Dalam Tazkirah

Seorang pendakwah menggelarkan lagu nyanyian Mawi dan Datuk AC Mizal iaitu berjudul Al-Haq sebagai ‘Lagu Kepala Hotak’ dalam sebuah tazkirah yang disampaikan

Pendakwah yang difahamkan seorang Ustaz itu mendakwa cara penyampaian AC Mizal yang meminta keampunan dari Allah dalam bentuk ‘rapping’ adalah tidak sesuai dan dianggap biadap.

“Lirik pertama elok, tapi bila part rapping tu ada ke minta ampung dengan Tuhan begitu? Biadap! Tak pernah Nabi berdoa begitu,” katanya.

Video tersebut dikongsi oleh Mawi dalam akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak bersetuju dengan penilaian pendakwah tersebut terhadap lagu berkenaan.

“Siapa dia nak menentukan pengampunan dari Tuhan ? Tuhan itu boleh ampunkan hambanya walaupun hambanya tidak memohon sembah maaf kepadaNYA atas kehendakNYA sendiri,” kata salah seorang pengikut Mawi

“Yang penting message nak sampai kepada pencipta tu sampai sedangkan kita berdoa pun dok sibuk aku ak ak,” komen salah seorang netizen

“Dia pula ambil kerja Tuhan dok hukum orang sana sini,” personal salah seorang warga maya.

Pun begitu, Mawi tidak memberikan apa-apa penjelasan mengenai lagu tersebut sebaliknya dia hanya ‘tagged’ penyanyi serta composer lagu tersebut sahaja.

Lagu Mawi dilabel lagu ‘Lagu Kepala Hotak’

“Alhamdulillah, saya tak ‘down’ (patah semangat). Pengalaman banyak mengajar saya. Sebelum ini lagi teruk saya lalui macam-macam ujian. Ini kira okay,” kata penyanyi Mawi mengulas kecaman yang dilemparkan oleh seorang pendakwah terhadapnya dan Datuk AC Mizal.

Tiga hari lalu, Mawi yang juga penerbit, pelakon dan pengarah memuat naik video kecaman pendakwah terbabit di Instagram dengan meletakkan kapsyen Lagu Kepala Hotak.

Ia berkenaan kritikan terhadap lagu duetnya bersama AC Mizal iaitu Al-Haq…Yang Satu yang penyampaiannya dikatakan tidak kena pada tempat.

Pendakwah terbabit mendakwa cara meminta pengampunan dalam bentuk rap agak kurang ajar dan menggelarnya lagu kepala hotak. 

Mawi yang dihubungi mengakui tidak berasa hati dengan kecaman itu.

“Kita semua ada pendapat masing-masing. Saya tak tolak pendapat sesiapa sahaja dalam mengkritik lagu atau apa-apa sahaja.

“Bagi saya, kita raikan semua pendapat dan dalam masa sama sebenarnya kita boleh belajar sebab ilmu seseorang boleh dikatakan lain-lain bidang.

“Orang yang pakar dalam bidang ini pendapatnya begini, manakala orang seni pendapatnya begini. Jadi kita raikan semua pendapat,” katanya.

– Mawi

Menurutnya, apa yang berlaku juga tidak sama sekali melemahkan semangatnya untuk terus berkarya. 

“Alhamdulillah lagu itu diterima ramai. Malah kami banyak dapat komen positif. Jadi saya akan teruskan berkarya buat lagu dan filem macam biasa,”

– Mawi

Sementara itu, golongan penggiat seni dan peminat menyokong apa yang dilakukan oleh Mawi dan AC Mizal. 

Menerusi komen yang ditulis, mereka meminta agar Mawi terus berkarya dengan cara begini bagi menimbulkan kesedaran buat masyarakat.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayu Damit Impikan PERMATA Bakal Bersinar Kembali Meriahkan Industri Hiburan

Jiwa Firdaus Dinobatkan Juara Sulung MIC ON! di Awesome TV