in ,

DRAMA MENCARI CAHAYA LAKONAN RATNA GOWRI, AMOS, SRI RANJANI, SIVAJI RAJAH

MUSTIKA KHAS DEEPAVALI : MENCARI CAHAYA PADA 25 OKTOBER 2008 (SABTU), JAM 10.00 PAGI DI RTM2

Sebagai meraikan sambutan Deepavali 27 Oktober ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghidangkan drama hebat mengisi Slot Mustika Khas Deepavali ini menerusi Mencari Cahaya pada 25 Oktober 2008 (Sabtu), jam 10.00 pagi menerusi RTM2 yang diterbitkan Television Airtime Services.

Mencari Cahaya membawa tumpuan penonton menghayati kisah berlaku pada tahun 2004 dalam hidup watak Sneha yang kehilangan ibu sejak kecil ditinggalkan di rumah anak yatim. Shena kini sedang menuntut di sebuah universiti tempatan, mula mahu mencari ibu sebenarnya setelah dia cukup dewasa.

Suatu hari ketika Sneha ke bandar untuk membeli buku, seorang wanita tua datang meminta wang darinya. Setelah dia memberi wang dan wanita itu beredar, tiba-tiba wanita itu dilanggar kereta di depan matanya. Sneha mengambil keputusan membantu wanita itu dan menghantarnya ke hospital.

Sejak berada di wad kecemasan itu Sneha sering mengunjungi wanita itu kerana rasa kasihan dan kasihnya dia pada seorang ibu. Tapi bila wanita itu tersedar dari komanya wanita itu terus menghilang diri.Sneha kecewa kerana tidak dapat mengenali wanita itu hanya dikenali dengan nama Kumala.

Impian Sneha untuk bertemu ibunya tidak pernah padam kerana itu dia ingin sekali bekerja di rumah kebajikan warga emas dengan harapan dia akan bertemu dengan ibunya di sana. Sehinggalah dia tamat menuntut di universiti dia telah bekerja sebagai pengurus di rumah kebajikan di bawah pengetua Jayan yang juga bapa kepada kawan lelakinya Suresh yang sama-sama menuntut di universiti.

Sejak bekerja di situ Sneha sangat mengambil berat tentang warga tua di rumah tersebut sehingga dia disayangi oleh semua warga tua dan menganggapnya seperti anak sendiri.Semua masalah yang dihadapi oleh warga tua di rumah itu dihaapi Sneha dengan tenang.

Pada suatu hari,rumah kebajikan itu menerima seorang warga emas bernama Shanti yang ditangkap oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana hidup melarat dan menjadi kutu rayau.

Menurut fail,Shanti dia sebenarnya hidup berkelana kerana mahu mencari anaknya hilang sejak 20 tahun lalu iaitu Loga dan Namie. Mendengar nama Namie sebagai anak Shanti, Sneha beranggapan dia anak Shanti dan cuba berbaik dengan Shanti.Tapi Shanti tidak menganggap Sneha anaknya dan salahkan Sneha membawa dia tinggal ke rumah kebajikan itu sehingga dia tidak dapat lagi mencari anak-anaknya.

Tapi Sneha dengan sabar melayan Shanti sehingga Shanti sendiri mengakui kebaikan Sneha dan meminta Sneha membantu mencari anaknya.Sneha bersama Suresh membantu mencari anak Shanti dengan harapan akhirnya Shanti bertemu dia sebagai anaknya.

Setelah melewati beberapa tempat yang pernah Shanti tinggal dan meninggalkan anaknya di sebuah kedai Timah dan dengan bantuan May Tan mereka dapat mengesan seorang wanita bernama Laksmi yang menyerahkan anak-anak Shanti kepada pasangan India ketika mereka bekerja di estate dulu.

Dalam pencarian itu akhirnya barulah terbongkar Suresh anak kepada Jayan sebenarnya anak angkat dan dia adalah anak Shanti yang hilang selama ini.Laksmi membongkar rahsia sebenar yang Suresh adalah anak angkat kepada Jayan yang dulu dikenali sebagai David. Memandangkan kedua-dua anak Shanti yang diserahkan kepada Jayan bernama Loga dan Namie.

Sneha dan Suresh beranggapan kedua mereka adik beradik dan menjadikan kedua mereka berada dalam konflik jiwa bila mereka sudah menjalin hubungan cinta terlarang.Akhirnya Jayan membuat pengakuan yang Loga memang anak Shanti, sementara Namie pula meninggal sejak kecil.

Begitu juga dengan Sneha yang akhirnya mengetahui dia sebenarnya anak Kumala kakak kepada Laskmi yang dibawa tinggal di rumah kebajikan dan menghilang diri setelah semua rahsia kehilangan Suresh dan Sneha waktu kecil terbongkar. Setelah mengenali Laksmi seorang wanita penuh rahsia,baru Sneha teringat wanita yang ditolong ketika kemalangan di masa dia masih menuntut di universiti adalah ibunya sebenar Kumala dan dia berazam akan terus mencarinya.

Berjayakah pencarian Sneha menjejak cahaya kasih ibu kandungnya itu? Untuk mengetahui kesudahan drama sedih ini, jangan ketinggalan menyaksikan Mencari Cahaya pada 25 Oktober 2008 (Sabtu), jam 10.00 pagi menerusi RTM2.

Mencari Cahaya dibintangi pelakon Ratna Gowri, Amos, Sri Ranjani, Sivaji Rajah, Kalai Chelvi dan Accappan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MyStarz LG TV3 Tajaan LG Electronics Celebrity Fitness, Intan Dance Studio dan Warner Music

Menjelang Sidang Media Perkahwinan Mawi – Ekin Hari Ini