in

Melly Goeslaw & Anto Hoed Let’s Talk About Love

Siapa yang tidak mengenali penyanyi dari seberang yang bernama Mellyana Goeslaw Hoed atau lebih akrab dengan panggilan Melly Goeslaw ini. Telah terbukti bahawa semua lagu duet beliau telah menjadi hits dan laris di pasaran Indonesia mahupun Malaysia.

MELLY telah mencurahkan lebih daripada separuh umurnya untuk dunia seni, sehinggakan sudah tidak terkira berapa ratus lagu yang telah dicipta olehnya dan juga beliau telah banyak menggondol anugerah anugerah di dalam industri muzik diatas kegigihannya didalam membangunkan industri muzik.

melly-goeslow

Melly Goeslaw & Anto Hoed Bergabung Hasilkan Let’s Talk About Love

[dropcap]A[/dropcap]pabila sebut sahaja tentang MELLY, kita tidak boleh ketepikan peranan ‘silent partner’ beliau iaitu Anto Hoed yang merupakan tulang belakang dan juga pendorong disepanjang kejayaan MELLY. Hasil kerja daripada sang arjuna yang serba boleh ini, maka lahirlah karya-karya muzik daripada lagu-lagu MELLY yang menjadi begitu ‘hidup’, dalam erti kata lain, ia mempunyai roh yang dapat mengekspresikan cerita daripada setiap lirik yang ditulis oleh MELLY. Setiap hasil nukilan beliau akan mempunyai jalan cerita yang menggambarkan kehidupan sebenar seolah olah ianya adalah benar. Semua lagu yang dihasilkan telah difikirkan dengan teliti, bermula daripada ‘intro’ hingga ke penghujung lagu-lagu yang dihasilkan.

[pullquote align=”right”]Lagu “Let’s Talk about Love” ini menjadi lebih istimewa apabila MELLY turut berduet bersama pasangan abadinya iaitu ANTO HOED yang merupakan suaminya sejak tahun 1995 yang sentiasa berada disampingnya.[/pullquote]

Untuk sebuah lagu yang menunjukkan hubungan romantis mereka selama ini, “Let’s Talk about Love” telah diramal untuk menjadi hits di stesen-stesen radio di Malaysia.

Lagu ini juga diinspirasikan dari kisah cinta mereka berdua sepanjang 18 tahun bersama. Dalam lagu ini juga kedengaran suara anak-anak mereka yang melantunkan perkataan, “Let’s Talk about Love” di pertengahan lagu tersebut. Lokasi pengambaran musik video untuk lagu tersebut dijalankan sepenuhnya di kediaman mereka dan di dalam musik video itu juga ditampilkan gambar-gambar pasangan selebriti Indonesia yang hanya menikah sekali seumur hidup mereka.

Pada tahun ini juga, Melly Goeslaw telah diplih menjadi sebagai salah satu tenaga pengajar kepada sebuah rancangan realiti penuh fenomena di Malaysia iaitu Akademi Fantasia untuk musim ke-10. Melly dipilih berdasarkan prestasi hebat beliau di dunia seni. Selain itu, lagu-lagu ciptaan beliau juga berjaya menambat hati rakyat Malaysia.

Khas buat peminat setia Melly Goeslaw, mari jadikan “Let’s Talk About Love” sebagai nada dering anda! Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*330632# dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my. Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*201452# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my. Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, dial *233*1800464# dan tekan call/send ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my.

Lagu “Let’s Talk about Love” ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Lirik Lagu “Let’s Talk About Love”oleh Melly Goeslaw & Anto Hoed

Let’s talk about love, baby
Love love love love baby
Let’s talk about love, baby

Baby I love you
Ku temukan cinta sejati di kamu
Hanya dengan kamu

Baby I need you
Tak tahu aku jadi apa tanpamu
Aku butuh kamu

Biarlah orang lain ingin tahu
Cinta kita bukan untuk diumbar-umbar
Biarlah semua rantai berisik
Mengganggu ketenangan aku dan kamu

Baby I love you
(Baby I love you)
Ku temukan cinta sejati di kamu
Hanya dengan kamu

Baby I need you (baby I need you)
Tak tahu aku jadi apa tanpamu
Aku butuh kamu

Biarlah orang lain ingin tahu
Cinta kita bukan untuk diumbar-umbar
Biarlah semua rantai berisik
Mengganggu ketenangan aku dan kamu

Diriku percaya kau tercipta untukku
Baby ku terima semua baik burukmu
(Let’s talk about love, baby)
Baby, I love you

Love love love love baby

Biarlah orang lain ingin tahu
Cinta kita bukan untuk diumbar-umbar
Biarlah semua rantai berisik
Mengganggu ketenangan aku dan kamu

Biarlah orang lain ingin tahu
Cinta kita bukan untuk diumbar-umbar
Biarlah semua rantai berisik
Mengganggu ketenangan aku dan kamu

Baby ku percaya kau tercipta untukku
Baby ku terima semua baik burukmu
Baby I love you

Let’s talk about love, baby
Longing the one to love
Let’s talk about love, baby
Longing the one to love

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sidang Media Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Berlangsung Hari Ini

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali