in , , ,

Sidang Media Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Berlangsung Hari Ini

Saat dan ketika ini, Budiey pasti ramai yang masih berbual pasal topik dan isu kontroversi Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Budiey juga mendapat maklum balas dari ramai peminat setia dua pelakon yang tengah hot ni begitu menyokong Aeril tidak mempercayai tentang fitnah yang disebarkan ini.

Kata mereka, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan Aeril sehingga sanggup menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan reputasi dan imej pelakon ini. Selain itu ada juga desas desus yang mengatakan Wawa Zainal sudah terpengaruh dengan pujuk rayu dan hasutan Aerul Zafrel supaya tidak lagi berlakon di bawah pengurusan MIG. Adakah ini benar atau khabar angin semata.

Aeril Zafrel

Pada hari ini, hari Jumaat, 11 Oktober maka tibalah masanya untuk Aeril Zafrel ditemani Wawa Zainal tampil memberikan jawapan sebenar. Budiey pasti sidang media ini akan merungkai segala jawapan di sebalik kontroversi yang melanda.

Merujuk kepada akaun Twitter kedua-dua pelakon ini, mereka seperti memberi gambaran yang mereka akan menafikan segala laporan yang dibuat oleh akhbar sisipan yang mendedahan perkahwinan mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Benjy Dibebaskan Dari Tuduhan Dadah

Melly Goeslaw & Anto Hoed Let’s Talk About Love