in , ,

Melly Goeslaw Garap Drama Seram Berjudul NAWANGSIH

Astro telah mengumumkan kerjasama strategik bersama pengendali selular terbesar di Indonesia, Telkomsel, menerusi aplikasi portal video, MAXstream, dalam menghasilkan sebuah lagi karya original dan eksklusif bergenre seram berjudul NAWANGSIH.

Melly Goeslaw

Jadi, inisiatif ini adalah untuk menyokong usaha Telkomsel meningkatkan pengalaman pengguna dan menawarkan pelbagai perkhidmatan gaya hidup digital bagi menepati gaya hidup hari ini. “Nawangsih”, drama bersiri 10 episod ini merupakan edisi terkini ‘MAXstream Original’ dan ia dibintangi Mario Lawalata dan Ririn Ekawati.

Drama NAWANGSIH mengisahkan mengenai sebuah keluarga iaitu Arya (lakonan Mario Lawalata) bersama isterinya, Kiran (lakonan Ririn Ekawati) serta dua anak perempuan mereka, Srimaya (lakonan Benaya Farah) dan Nawangsih (lakonan Gisellma & Chrissie) yang berpindah ke sebuah rumah lama milik arwah ayah Arya.

Drama NAWANGSIH

MAXstream & Astro Hasilkan Siri Original NAWANGSIH

Segalanya baik-baik sahaja sehinggalah pada suatu hari, Nawangsih menemui sebuah lampu usang di dalam kotak yang merupakan warisan peninggalan arwah ayah Arya. Sejak itu, Nawangsih mempunyai hubungan luar biasa dengan roh yang menetap di dalam lampu usang tersebut.

Drama NAWANGSIH adalah hasil karya penyanyi yang juga merupakan penulis lirik tersohor Indonesia, Melly Goeslow serta digarap kemas oleh sutradara Hedy Suryawanselaku pengarah. Siri ini juga menjanjikan runut muzik yang cukup hebat hasil sentuhan pemuzik berpengalaman, Anto Hoed.

Drama NAWANGSIH

“Kami sangat teruja untuk menghasilkan satu lagi kandungan MAXstream Original. Sebagai perkhidmatan penstriman video, MAXstream telah secara konsisten menawarkan pelbagai kandungan video digital untuk pengguna serta memperkasakan bakat kreatif rakyat Indonesia dengan menyediakan platform ini yang mampu memperluaskan jangkauan kerja kreatif mereka kepada orang ramai. Inisiatif ini adalah sejajar dengan misi kami dalam membangunkan ekosistem digital untuk memberikan pengalaman gaya hidup digital yang terbaik buat pelanggan kami.”

Naib Presiden Bahagian Gaya Hidup Telkomsel, Crispin Tristram

“Astro amat teruja dengan pelancaran Nawangsih, sebuah siri drama penghasilan bersama yang pertama dengan rakan kongsi kami, Telkomsel. Kami percaya dalam penceritaan dan komited untuk terus mengangkat lebih banyak karya seumpamanya bersama rakan industri yang mempunyai matlamat yang sama. Kami berharap Nawangsih dapat merekodkan kejayaan seperti buah tangan produksi Indonesia terdahulu iaitu ‘Gantung’ dan ‘Dosa’, serta menggariskan kandungan harta intelek (IP) yang berpotensi untuk dibangunkan merentasi genre serta format yang berbeza daripada filem ke siri seterusnya dalam bentuk kandungan digital pendek. 

Menerusi Nawangsih ini juga, tentunya hubungan dinamik kami bersama Telkomsel bertambah kukuh dan kerjasama ini tentunya merupakan titik tolak kepada lebih banyak lagi kolaborasi pada masa akan datang.”

Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario

MAXstream sebelum ini pernah menghasilkan siri original berjudul “Brata”, sebuah drama bergenre thriller jenayah yang dibintangi oleh Oka Antara dan Laura Basuki.

Drama NAWANGSIH

Drama Seram Hasil Karya Melly Goeslow

Sehingga kini, Brata telah mencatatkan lebih daripada sejuta tontonan sejak pelancaran episod pertamanya di MAXstream pada September 2018. Karya-karya original lain MAXstream turut mendapat tempat di hati penonton seperti ‘Critical Eleven’ dan ‘Pulang Pulang Ganteng’. 

Crispin turut mengatakan bahawa dengan peningkatan penggunaan perkhidmatan video digital, Telkomsel komited untuk terus menerajui segmen ini.

Pada tahun lalu, kandungan video pada rangkaiannya telah menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak 250%, satu jumlah yang sangat memberansangkan untuk pencipta kandungan. 

“Memandangkan jumlah pawagam di Indonesia masih sangat terhad berbanding dengan penduduknya, akses kepada filem di negara ini masih rendah. Oleh itu, Telkomsel berusaha untuk membangunkan segmen ini. Dengan peningkatan populariti telefon pintar yang disokong oleh rangkaian jalur lebar, cabaran ini dapat diatasi dengan perkhidmatan penstriman video yang ditawarkan oleh MAXstream. Aplikasi ini juga akan terus berkembang sebagai platform untuk semua rakan penyedia kandungan video Telkomsel,”

– Crispin
Drama NAWANGSIH

Selain daripada siri original, MAXstream juga membawakan kandungan hiburan lain seperti filem, rancangan televisyen, sukan (Liga Premier English, Italian Serie, France Ligue 1, Spanish La Liga) dan kartun daripada pelbagai saluran perkhidmatan video dan televisyen antarabangsa. Sejak dilancarkan pada tahun 2018, MAXstream telah menjadi salah satu perkhidmatan video paling popular di Indonesia dengan jumlah sebanyak 9 juta muat turun.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Baby Shima Nafi Terlibat Dengan Kes Pelacuran Online

Tahniah! Shiro Juara Maharaja Lawak Mega 2018